jump to navigation

Rekod Cemerlang HAMAS Sepanjang Perang Gaza January 20, 2009

Posted by techis in articels.
add a comment


Pada pukul 10.30 waktu Mesir 19 Jan 09 telah diadakan sidang media oleh Briged Qassam yang diwakili oleh Abu Ubaidah. Ini diantara butir-butir dalam sidang media tersebut:

80 TENTERA ISRAEL YANG TERBUNUH (PALING KURANG)

49 DIBUNUH SECARA SECARA LANGSUNG.

48 SYAHID DIKALANGAN PEJUANG BRIGED QASSAM

MENJATUHKAN PESAWAT PENINJAU TANPA PILOT

MENEMBAK 4 HELIKOPTER

MEMUSNAHKAN 47 KERETA KEBAL DAN KENDERAAN TENTERA

MELANCARKAN 980 ROKET DAN MISIL KEARAH BANDAR-BANAR ISRAEL

TIDAK ADA SEORANG PUN DIKALANGAN PEJUANG YANG DITANGKAP.

MELETUPKAN 79 BOM KE ARAH TENTERA ISRAEL.

MENEMBAK HENDAP 53 ORANG TENTERA ISRAEL

MELANCARKAN 12 SERANGAN HENDAP

BERTEMPUR SECARA BERDEPAN 19 KALI

MENAWAN TENTERA-TENTERA ISRAEL SEBANYAK 2 KALI DAN SEMUA TENTERA YANG DITAWAN SUDAH DIBOM OLEH JET PEJUANG ISRAEL

BERJAYA MELANCARKAN SATU SERANGAN BERANI MATI DI ATAS KERETA KEBAL ISRAEL.

MENGHENTIKAN SERANGAN (setelah 13 jam Israel mengistiharkan genjatan senjata sebelah pihak) DAN MEMBERI MASA SEMINGGU KEPADA TENTERA ISRAEL UNTUK KELUAR DARIPADA BUMI GAZZA.

Mereka telah menyatakan kejayaan mereka dalam peperangan dengan tentera Israel. Ini kerana mereka berjaya memusnahkan mekanisma ketenteraan Israel dan menundukkan Israel untuk keluar secara berperingkat. Adapun Israel tidak mencapai matlamat mereka untuk menghapuskan Hamas. Malahan Abu Ubaidah mengatakan amat sedikit kerugian yang mereka alami dalam peperangan ini.

Abu Ubaidah berkata 23 masjid telah dimusnahkan keseluruhannya oleh Israel dengan ala an ia tempat persembunyian para pejuang. Beliau menafikan pejuang bersembunyi di masjid walau sebuah pun. Bila ditanya tentang pihak keamanan antarabangsa yang hendak menghalang senjata2 diseludup ke pada mereka, beliau menjawab:
ليفعلوا ما شاؤوا، فإدخال السلاح الطاهر وصناعة السلاح المقاوم هو مهمتنا، ونعرف جيدا كيف ندخله“.

“Buatlah apa yang mereka mahu, mendapatkan senjata yang bersih dan membuat senjata pejuang adalah tugas kami. Kami amat mengetahui bagaiman untuk mendapatkannya.”

Ulasan: Pasukan briged Qassam dan briged-briged yang lain telah mencapai matlamat mereka iaitu menghalau Israel dr bumi. Adapun Israel tidak berjaya kerana gagal mencapai matlamat mereka. Kenyataan ini disokong dengan kenyataan Parti Likud (Israel)yg mengatakan tentera Israel tidak mencapai matlamat mereka dan mereka perlu meneruskan serangan terhadap hammas. Kemenangan ini disifatkan oleh Ismail Haniah sebagai kemenangan ketuhanan (intisor rabbani) dan ianya dimiliki oleh semua orang Islam.

Kekuatan ketenteraan pejuang hamas tidak terjejas melainkan sedikit. Tidak ada sorang pejuang pun yang ditangkap. Tentera Israel hanya menangkap orang awam sahaja. 1300 manusia (sehingga saat artikel ini ditulis) yang dibunuh adalah orang awam yang mana 410 dari jumlah tersebut dikalangan kanak2 dan 104 dikangan wanita. Kemusnahan secara besar-besaran hanya pada bangunan awam dan rumah penduduk bukannya pada kekuatan ketenteraan pejuang Palestin.

Abu Ubaidah menyifatkan kekuatan roket mereka tidak terkesan dengan peperangan selama 22 hari tersebut. Ini kerana kekuatan mereka sangat besar seperti yang dinyatakan oleh pakar ketenteraan Sofwat Zayyat bahawa al-Qassam memiliki puluhan ribu tentera dan tidak kurang 5000 roket. Semoga para pejuang Palestin tetap teguh melawan kezaliman tentera Israel. Sabda Nabi saw:

لا تزال طائفة من أمتي على الحق ظاهرين ، لعدوهم قاهرين ، لا يضرهم من جابههم ، إلا ما أصابهم من لأواء حتى يأتي أمر الله وهم على ذلك.)) قالوا : وأين هم يا رسول الله؟ قال (( ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس


Maksudnya: “Sekumpulan dari kalangan ummatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan musuh2 mereka dan orang2 yang menenteng mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan mereka hanya mendapat sedikit kerosakan sehinggalah datangnya kiamat mereka tetap dalam keadaan demikian.” Para sahabat bertanya “Dimanakah mereka hai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Di Baitul Maqdis dan disekelilingnya.” (Hr Abdullah bin Ahmad dan Thabrani – para perawinya thiqah)

Semoga kita tetap terus memberikan doa, infaq dan boikot untuk mereka. Jangan hangat2 tahi himar je. Doa, infaq dan boikot dulu, kini dan selamanya.Yang lebih utama kita menjadi tonggak-tonggak Islam yg berilmu, beramal dan ikhlas. Bukan sekadar penyokong kerana itu hanya lah buih2 yg lemah. Tonggak Islam mestilah berilmu sebanyak mungkin, mengamalkan segala ilmu Islam dan menyebarkan dan memperjuangkan ajarannya sehingga nafas terakhir.

Rujukan: Siaran tv Al-Jazeera, laman web al-Jazeera, buku al-Quds qadiyyah kullu muslim oleh Qardawi.

artikel dipetik dari: klik di sini


Occupation 101-download link January 20, 2009

Posted by techis in articels.
add a comment

Di sini ade 1 link download untuk 1 documentari yang menceritakan tentang sejarah penubuhan negara haram Israel..

klik di sini utk download…

Israel Gencatan Senjata Sepihak, Gagal Tumbangkan Hamas January 19, 2009

Posted by techis in 1.
add a comment


Setelah 22 hari menggempur Jalur Gaza, Israel secara sepihak akhirnya menyatakan gencatan senjata. Meski demikian, pasukan Zionis masih melakukan serangan di berbagai titik di Gaza dan tentara-tentara Zionis itu masih belum mampu menguasai kota Gaza seluruhnya. Hamas telah memenangkan peperangan?

Gencatan senjata dari pihak Israel, diumumkan oleh Perdana Menteri Israel Ehud Olmert dalam keterangan persnya di Tel Aviv. Ia mengklaim bahwa Israel telah mencapai target agresinya ke Jalur Gaza yang telah ditetapkan oleh kabinetnya.

Olmert mengatakan pihaknya mengambil keputusan gencatan senjata setelah melakukan pembicaraan dengan Presiden Mesir Husni Mubarak dan setelah Tel Aviv menandatangani kesepakatan kerjasama dengan AS hari Jumat kemarin untuk menangani masalah yang diklaim Israel sebagai penyelundupan senjata dari Mesir ke Gaza.

Israel mulai memberlakukan gencatan senjata pada Minggu (18/1) pukul 02.00 dinihari waktu setempat. Namun dalam gencatan senjata itu, Israel tidak menyinggung masalah penarikan pasukannya dari Jalur Gaza dan pencabutan blokade di Gaza seperti tuntutan Hamas. Israel juga mengancam akan kembali menyerang Gaza jika pejuang Palestin menembakkan roketnya.

Meski sudah mengumumkan gencatan senjata, sebuah helikopter Israel masih melakukan serangan ke beberapa titik di Gaza City dan menjatuhkan bom-bom yang mengandung senjata kimia berbahaya fosfor putih. Press TV-stasiun televisi berbahasa Inggris yang berbasis di Iran-menayangkan pemandangan Gaza City yang masih diliputi asap putih akibat ledakan bom-bom fosfor tersebut.

Selama 23 hari agresi brutal pasukan Zionis ke Jalur Gaza, sekitar 1.215 warga Gaza gugur syahid dan 6.000 orang lainnya luka-luka. Sementara di pihak Israel, Tel Aviv mengklaim kehilangan 12 tentaranya dan 85 orang lainnya luka-luka. Sedangkan Hamas menyatakan berhasil menewaskan 34 tentara Israel dan mencenderai 96 orang lainnya.

Hamas menyikapi dingin pernyataan gencatan senjata yang diumumkan secara sepihak oleh Israel tanpa melibatkan pihak Palestina. Juru Bicara Hamas Fawzi Barhum mengatakan, gencatan senjata harus disertai penghentian agresi secara total, penarikan seluruh pasukan Israel dari Jalur Gaza, pencabutan blokade dan pembukaan perbatasan.

“Pernyataan gencatan senjata oleh Zionis musuh kami, menunjukkan bahwa merekalah yang telah mengobarkan perang secara sepihak, perang yang dilancarkan musuh pada rakyat kami,” tukas Barhum seraya menegaskan bahwa Hamas tidak akan menerima kehadiran pasukan Israel di Jalur Gaza meski cuma satu tentara.

Barhum menyatakan, Hamas akan terus melakukan perlawanan terhadap Israel sampai semua tuntutan Hamas dipenuhi.

Pernyatan gencatan senjata secara sepihak oleh Israel dan penegasan Hamas itu, membuktikan bahwa Israel tidak mampu menumbangkan Hamas, apalagi sampai hari ke-23 pasukan Zionis juga masih belum bisa menguasai Gaza sepenuhnya. Dari sisi moril, Hamas telah memenangkan perang yang dikobarkan Israel. Sedangkan Israel, cuma menuai kecaman dari masyarakat dunia karena pasukan militernya telah membunuh warga sipil Palestina tak berdosa, sekaligus menunjukkan karakter Israel sebagai negara penjajah yang membahayakan kawasan Timur Tengah.

Sebuah polling yang dilakukan Pers TV menunjukkan bahwa mayoritas responden meyakini Israel tidak akan bisa menghancurkan Hamas. Dari 26.385 responden, 76 persen menyatakan Hamas akan mengalahkan Israel dalam perang darat. Selain itu, 35 persen responden menyatakan agresi brutal Israel ke Jalur Gaza, akan menyatukan umat Islam dan umat Islam akan memberikan bantuan pada rakyat Palestina. (ln/prtv)

sumber

Mahathir: jangan beli senjata dari US January 18, 2009

Posted by techis in articels.
add a comment

KUALA LUMPUR 18 Jan. — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa kerajaan berhenti membeli senjata dari Amerika Syarikat (AS), penyokong dan pelindung Israel.

Bekas perdana menteri itu berkata, rakyat perlu mendesak kerajaan berbuat demikian manakala badan bukan kerajaan (NGO) juga patut memainkan peranan mereka dengan meminta rakan mereka di negara lain turut berbuat demikian.

Beliau berkata keputusan itu, yang beliau sifatkan sebagai “soal kecil kepada AS”, tidak akan menjejaskan kuasa dunia itu dengan cepat tetapi untuk jangka panjang ia akan merasakan kesannya.

“Saya fikir pembelian yang besar secara terus dari AS ialah daripada pihak kerajaan sendiri. Kerajaan sekarang ini saya fikir mempunyai rancangan membeli pesawat yang baru.

“Kalau mereka beli dari AS secara langsung, mereka bekalkan wang kepada Amerika untuk mengeluarkan senjata untuk dibekalkan kepada Israel supaya bunuh orang Palestin. Sebab itu secara langsung kita tidak boleh beli apa yang kita tahu akan menguntungkan Amerika,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Selamatkan Rakyat Palestin anjuran Gabungan NGO Malaysia di sini. – Bernama

Bagi aku, cadangan Tun nie ade benarnya juga. Lagipun sampai bila kita nak bergantung bekalan senjata daripada US, negara kuasa besar yang angkuh dan sombong. Kita juga perlu ada teknologi sendiri, dapat hasilkan senjata sendiri. Barula negara umat Islam akan maju, digeruni oleh golongan yang menentang Islam.

Kalo dulu, masa Malaysia belum mempunyai kereta buatan Malaysia, kita banyak mengimport kereta-kereta dari luar..bagi sesetengah orang masa tue, mustahil Malaysia dapat hasilkan kereta sendiri. Namun, sedikit demi sedikit, kita cuba menguasai teknologi dan akhirnya kita dapat lihat kesannya sekarang, rakyat Malaysia memandu kereta nasional. Begitu juga dengan teknologi pembuatan  senjata, kita perlu mulakan secara sedikit demi sedikit. Kurangkan kebergantungan bekalan senjata dari negara luar. Bagi engineer-engineer Islam, kuasai teknologi dan aplikasikan dalam bidang teknologi pembuatan senjata. Kita tidak mahu supaya satu hari nanti, negara kita akan jadi seperti Palestin bila diserang. Biarla kita menjadi hebat, dapat juga kita tolong saudara kita di Palestin sana..Ini, mesyuarat sana, mesyuarat sini…Gesa PBB sekeras-kerasnya…Ending nya, keluarla satu resolusi mengecam serangan Israel. Pastu diam…Adakah Israel takut dengan resolusi yang kita keluarkan?? Tidak sekali-kali. Kenapa kita jadi cm2?? Sebab kita lemah… Bukan setakat lemah iman, lemah dalam menuntut ilmu dan macam-macam lagi…

Kesimpulannya, muhasabahla balik diri kita.. Kepada sesiapa yang menjadi pemimpin sekarang, laksanakanlah hukum Islam yang hakiki. Pada masa tue, kita akan melihat kebangkitan Islam bila kita mempunyai seorang pemimpin yang berpegang kepada agama. Kepada pelajar, tuntutlah ilmu dan kuasai bidang anda. Suatu hari nanti anda akan memimpin dunia ini. Kepada orang tua, didikla anak anda dengan ilmu agama yang cukup…InsyaAllah, masa tu kita akan dapat lihat pertolongan Allah mencurah-curah datang kepada kita.

Boikot…. January 18, 2009

Posted by techis in 1.
1 comment so far

nie aku amik dari blog membe aku, kid:

Lama tak buat tag. Although banyak je kena tag kat sana sini. Tapi ntah, rasa cam malas lak nak tag.

However, this tag from Infinity really turns me on! =)

Here’s what we should do. it’s simple: list down 5 of the products from the list that you are boycotting, and then list down 5 of the products that you will try your best to boycott, and finally list another 5 of the products that you find it hard to boycott, and tag 5 others.

This tag is to get everyone to read the list below carefully and identify which products affects your life and the lives of the Palestinians most! You can also compare your list with your friends and see: if they can boycott one product that you haven’t been boycotting, why can’t you start to boycott the product too?

Oh ya, i’m referring only to products in which have the direct connection of association with Israel. And I also modify my answers, including some alternatives i took in replacing the item boycotted.

5 of the products from the list that you are boycotting

  • No more McDonalds. Pilihan lain – KFC, Pizza Hut, Secret Recipe. Oh ya, here nearby the AutoCity da ade SushiKing! Yeah!!
  • No More 100 Plus. Only Excel. Die punyer taste pown lbey kurang je rase.. Selalu minum nie lepas men futsal.
  • No More Nestle. Sebelum kes nie, aku da terbeli Milo pack 2kg…Nak wat cmne kan, lepas nie aku xkan beli da Milo or produk nestle yang lain.
  • 3 je dulu kot. Yang lain either mmg x guna, ataupun termasuk dalam list2 di bawah. -_-”

5 of the products that you will try your best to boycott

  • Maggi – Bley beli mee yang Indon punyer..sedap gak.
  • News Channel – BBC, CNN, National Geographic. Susah nak jumpa news channel yang betul2 high-kredibility skrg ni. News kat malaysia? Hampas.. Nasib bek la ada al-jazeera. Sedang menanti corp muslim terbitkan dokumentari2 sendiri setaraf dengan NG.
  • Intel – Aku pkai AMD..syukurla..Tp mcmna ngan orang yang ngah keje kat intel eh?? Susah tue kalo nak bhenti keje..Aku ade banyak senior2 n membe2 aku sendiri yg keje kat Intel..hurmm..
  • Starbucks – Mmg xpenah pg pown…Die pnyer mknn mahal sgt..
  • satu lagi..hmm..ntah.

5 of the products that you find it hard to boycott

  • Shell.Minyak shell bg aku kualiti sgt bagus…Dulu aku isi kat Petronas, dengan amaun yang sama..kejap je abes. Padahal bukannyer aku kuat jalan jauh pown. Kalo aku pkai shell, isi RM5 pown thn lebih seminggu..Kadang2 kompius sketla…
  • yg lain..hmm..ntah.

tag  others

Hmm..lama tak mengetag2 orang ni. (usha2 blogroll). ok ni 4 orang yg dipilih. walaubagaimanapun, terpulanglah kepada anda nak buat ke tak.

Dan juga kepada sape2 nak buat tag ni, silalah buat.

Israel Pengecut Mula Rancang untuk Berundur January 15, 2009

Posted by techis in articels, News.
1 comment so far

Israel tak ingin berperang lebih lama di Gaza. Militer Israel sudah merasakan pahitnya perang. Menghadapi para pejuang Palestin, yang terus bertahan menghadapi serangan missil dari udara, darat dan laut. Sebahagian militer Israel sudah kehilangan disiplin. (Yerusalem Post, 15/1/2009). Diantara anggota tentera Israel sudah ada yang melakukan protes. Mereka tak sanggup menghadapi perang di Gaza, dan harus membunuhi orang-orang sipil, anak-anak, wanita dan orang tua. Dalam pertemuannya ‘Trioka’ (Perdana Menteri Olmer, Menteri Luar Tzipi Livni, dan Menteri Pertahanan Ehud Barak), mendiskusikan, bagaimana caranya melakukan ‘exit’ (keluar) dari Gaza? ‘Trioka’ itu menyetujui mengirim Deputi Menteri Pertahanan Israel, Amos Gilad, ke Kaherah, bertemu dengan sejumlah pegawai di Kaherah, menyusun formula ‘perdamaian’, agar Israel segera dapat keluar dari Gaza. Israel, nampaknya menyetujui formula yang dibuat Mesir, dan ‘gencatan senjata’ itu, iaitu dimulai dengan Hamas menyerahkan Kopral Gilad Shalid ke Mesir, sebagai pra kondisi bagi terciptanya perundingan gencatan senjata. Namun, pihak Hamas belum sepenuhnya menerima formula yang dibuat Mesir. Meskipun, nampaknya telah didakwa bahwa, wakil Hamas Dr.Bardawel, dapat menyetujui isi formula gencatan senjata. Menteri Pertahanan Ehud Barak telah membeberkan rencana gencatan senjata kepada Olmert dan Tzipi, sebaliknya Olmert dan Tzipi, ingin perang dilanjutkan sampai matlamat perang itu tercapai. Olmert, nampaknya percaya, tujuan perang akan dapat terwujud. Olmert mendapatkan dukungan dari Ketua Shin Bet (Dinas Keamanan Dalam Negeri Israel), Yuval Diskin, dan Kepala Mossad, Meir Dagan. Sedangkan, Ehud Barak, menyatakan bahawa tujuan perang sudah tercapai. Percanggahan pendapat antara ‘Trioka’, menimbulkan ketidakpastian di Israel, hal ini akan terjadi seperti ketika perang di Lebanon. Para pemimpin politik dan militer Israel tidak mencapai kesepakatan dalam mengambil keputusan perang. Nampaknya, ‘Trioka’ (Olmert, Tzipi Livni, Ehud Barat), masih menunggu kepastian tentang nasib Kopral Gilad Shalid dari pejabat intelijen Mesir, sebelum mengambil keputusan. Di sisi lain, Menteri Luar Israel, Tzipi Livni melakukan negosiasi dengan Deputi Mebteri Luar AS, Ahahron Abramowitz, yang bertujuan mencapai kerjasama Israel-AS, menangani penyeludupan senjata dari perbatasan Mesir ke Gaza. Tzipi memaksa kepada Ahahron agar perjanjian antara Israel-AS dapat ditandatangani sebelum Condoleeza Rice meninggalkan Deparlu AS. Ada keinginan kuat yang menjadi tujuan gencatan senjata bagi Israel, yang diakomodasi Mesir dalam formula gencatan senjata itu, pertama Hamas harus melucutkan senjatanya, ini sebagai rencana menciptakan keamanan Israel. Kedua, kerjasama militer antara Israel, Mesir, Amerika, dan Otoritas Palestin (PA), bagi menghentikan penyelundupan senjata, baik lewat darat atau laut. Sehingga, tidak ada lagi ancaman keamanan bagi Zionis-Israel. Ketiga, mengembalikan Otoritas Palestin (PA),yang dipimpin Presiden Mahmud Abbas, mengambil alih pemerintahan di Gaza. Gaza tidak lagi dibawah kontrol Hamas. Para pemimpin Israel memberikan perhatian penuh tentang adanya penyelundupan senjata, yang mereka anggap sebagai ancaman yang sangat serius bagi keamanan Israel. Selama ini, memang belum termasuk menjadi prioritas utama Israel, terkait dengan penyelundupan senjata dari Mesir. Meskpun, selama ini Mesir menutup rapat-rapat perbatasannya. Israel juga sudah melobi para pejabat Keamanan AS, termasuk dengan Menteri Pertahanan AS, yang baru Robert Gate, untuk mendapatkan jaminan keamanan dari AS, khususnya berkaitan dengan penyelundupan senjata dari Mesir ke Gaza. Para pejabat Israel, melalui Menlu Tzipi Livni, meminta komitment Menhan AS, Robert Gate, dan Menlu AS yang baru, Hallary Clilnton, agar kerjasama dibidang perisikan dan militer, bagi mengakhiri penyeludupan senjata, dan dapat digunakan para ‘teroris’, yang mengancam keamanan Israel menjadi sebuah keputusan politik antara Israel-AS. Kemungkinan perang belum segera berakhir. Kemampuan militer Israel dalam perang di Gaza akan diuji. Israel menurut Ehud Barak, tujuan perang yang dilakukan Israel sudah tercapai. Yaitu mereduksi kekuatan militer Hamas, dan menghancurkan seluruh infrastrukturnya. Tapi, sampai hari ini belum ada tanda-tanda bahwa para pejuang Hamas mengibarkan bendera ‘putih’. Sekarang, kekuatan-kekuatan yang terlibat dalam perang di Gaza sedang berhitung, termasuk Israel ingin melakukan ‘exit’ (keluar) dari Gaza, dan menunggu momentum, yang mereka inginkan. Para pemimpin Zionis-Israel sedang berjudi dengan nasib dan masa depan mereka. Adakah mereka akan berhasil keluar dari Gaza, dan tanpa harus kehilangan muka, serta acaman akan eksistensi mereka sebagai sebuah entiti politik di masas depan? Kehancuran di Gaza yang massif, dan korban yang jumlahnya sangat besar, menyebabkan rejim Zionis-Israel telah menjadi musuh seluruh umat manusia. Jika, Israel memenangkan perang di Gaza, tapi sejatinya Israel telah kalah, akibat kejahatan yang mereka ciptakan sendiri. (M/Hartz)

dipetik daripada: satuumat.blogspot.com

Yahudi – bangsa terlaknat, hina dan takut mati January 13, 2009

Posted by techis in articels.
add a comment
dipetik daripada:

mykhilafah.com

PDF Print E-mail
Isnin, 12 Januari 2009 00:16
Firman Allah SWT,

“Kamu tidak akan mendapati di kalangan manusia yang paling tamakkan kehidupan dunia  melebihi daripada golongan musyrikin (yang menyembah patung sapi). Setiap dari mereka mahu diminta diberikan kehidupan selama seribu tahun (di dunia ini), tetapi kehidupan selama itu tidak akan menyelamatkan diri daripada azab.
Allah melihat apa yang mereka lakukan”
[TMQ al-Baqarah (2):96].

Ayat ini ditujukan kepada kaum Yahudi yang mana ayat sebelumnya [TMQ al-Baqarah (2):92-95] mengisahkan kaum Bani Israel yang dipimpin oleh Nabi Musa as. yang telah diselamatkan daripada Firaun  oleh Allah setelah menyeberangi Laut Merah dan menetap di semenanjung Sinai, tetapi kemudiannya menyembah patung sapi (lembu) lalu menjadi musyrik. Ini memberitahu kita bahawa kaum Yahudi sangat tamakkan kehidupan dunia, dan mereka akan meminta kehidupan selama seribu tahun dengan sifat tamak mereka. Sekiranya cintakan dan tamakkan dunia, maka ini bererti mereka takutkan mati, dan tidak mahu berperang ke jalan Allah dalam menegakkan kalimah Allah yang dibawa oleh Nabi Musa as., sebab kematian bererti akhirnya kehidupan dunia buat selama lamanya. Tidak pernah kita dengar di dalam tentera Israel terdapat skuad pengebom berani mati.

“Katakanlah: Apakah akan aku beritakan kepadamu tentang orang-orang yang lebih buruk pembalasannya dari (orang-orang fasik) itu di sisi Allah, iaitu orang-orang yang dikutuk dan dimurkai Allah, di antara mereka (ada) yang dijadikan monyet dan babi” [TMQ 5:60].

”Dan tanyakanlah kepada Bani Israel tentang negeri yang terletak dekat laut ketika mereka melanggar peraturan pada hari Sabtu (Sabbath), di waktu datang kepada mereka ikan-ikan mereka terapung di permukaan air, dan di hari-hari yang bukan Sabtu, ikan-ikan itu tidak datang kepada mereka. Demikian Kami mencuba mereka disebabkan mereka berlaku fasik” [TMQ al-A’raf (7):163]

”Maka tatkala mereka bersikap sombong terhadap apa yang mereka dilarang mengerjakannya, Kami katakan kepadanya, Jadilah kamu monyet yang hina”. [TMQ al-A’raf  (7):166].

Ayat-ayat di atas adalah mengenai kaum Yahudi yang melanggar peraturan pada hari Sabbath (Sabtu) dan pergi menangkap ikan pada hari tersebut. Mereka ini terkenal dengan kaum yang sentiasa melanggar perintah Allah dan mereka ini dilaknat oleh Allah dan ditukar menjadi monyet dan babi.

Di dalam sejarah Daulah Islam, tidak pernah ada peperangan di mana kaum Yahudi menyerang umat Islam dan kaum Yahudi menang. Di dalam perang Khandaq contohnya, kaum Yahudi Bani Quraizah di Madinah menjadi pembelot dan berserta dengan kaum musyrikin dari Makkah untuk memerangi umat Islam di Madinah pada masa itu. Kesemua kaum Yahudi yang ada dikalahkan oleh tentera Islam dan sebagai hukuman, mereka dihalau keluar dari tempat mereka masing-masing.

Setelah Daulah Khilafah diruntuhkan pada tahun 1924, barulah kaum Yahudi ‘berjaya’ dalam peperangan mengalahkan tentera Arab di Timur Tengah dan mendirikan negara Israel pada tahun 1948. Diikuti dengan perang pada 1956, di mana Mesir mengusir Perancis, Britain dan Israel daripada Terusan Suez, tetapi ini disebabkan oleh tekanan Amerika Syarikat terhadap Britain dan Perancis. Dalam perang ini, Jamal Abdul Nasser dilihat sebagai wira nasionalis Arab, sehinggakan semasa pengebumian Nasser, seramai 4 juta penduduk telah keluar dari bandar Kaherah menghadiri pengebumiannya.

Kemudian berlaku perang 1967 dan 1973 atau dinamakan Perang Yom Kippur, di mana sekali lagi Israel mengalahkan Mesir dan sekali gus menjelmakan imej bahawa Israel tidak dapat dikalahkan. Tetapi perlu diingatkan bahawa perang-perang tahun 1956, 1967 dan 1973 berlaku bukanlah perang jihad untuk membebaskan Palestin daripada penguasaan Yahudi. Dan memang benar perang tersebut bukanlah perang jihad untuk membebaskan bumi umat Islam daripada penguasaan Yahudi, sebab sekiranya tentera negara-negara Arab tersebut berjihad menentang Israel maka mereka akan dilabel sebagai terroris, sebab jihad adalah perkataan yang paling ditakuti oleh golongan kafir harbi.

Mohammed  Heikal di dalam buku tulisannya yang bertajuk “The Road to Ramadhan”, mempunyai makna yang mengatakan peperangan tahun 1967 dan 1973 bukanlah jihad untuk membebaskan Palestin tetapi mempunyai objektif nasionalisme Arab. Perang tersebut telah menyaksikan tentera Mesir telah berjaya menjangkaui tembok Bar Lev di Semenanjung Sinai yang dibina oleh Israel setelah dirampas oleh Israel dalam peperangan 1967, yang dikatakan sebagai tembok kebal yang dikawal oleh tentera Israel tidak akan berjaya dijangkaui oleh mana-mana ketenteraan. Kemaraan tentera Mesir yang melakukan serangan kilat pada tahun 1973 dan menjangkaui tembok Bar Lev adalah di luar dugaan sama sekali. Keadaan ini telah menjadikan Israel kucar-kacir dan cemas, sebab mereka memikirkan bahawa tentera Mesir akan mara sampai ke Tel Aviv setelah berjaya melangkah tembok tersebut. Tetapi pengkhianatan beberapa pemimpin Mesir yang mengarahkan tentera mereka berpatah balik telah mengakibatkan tentera Israel berjaya memukul tentera Mesir yang berpatah balik itu dengan kapal terbang pengebom. Hal ini menyebabkan ramai tentera Mesir terbunuh di dalam peperangan berkenaan.

Kini dunia Islam ditakutkan bahawa tentera Israel adalah kuat kerana disokong oleh US yang dikatakan kebal dan tidak boleh dikalahkan, walaupun ada jutaan umat Islam yang mahu mempertaruhkan nyawa mereka untuk  berjihad melawan Israel. Di Iran sahaja, dilaporkan bahawa sudah lebih daripada 20,000 orang pelajar telah mendaftarkan diri mereka sebagai pengebom berani mati untuk melawan Israel. Semasa ancaman US terhadap Iran disebabkan oleh program nuklear Iran, lebih daripada satu juta pemuda dan pemudi di Iran telah menawarkan diri untuk menjadi pengebom berani mati untuk melawan US sekiranya US menyerang Iran. Tetapi disebabkan setiap negara tidak mahu dilabel sebagai negara pengganas oleh US dan sekutunya, maka pemerintah yang khianat tidak membenarkan seorang sukarelawan mahupun tentera mereka untuk pergi ke Israel.

Strategi perang US dan Israel ke atas umat Islam adalah sama sahaja. Semasa perang Iraq lepas, setelah sekatan ekonomi selama lebih daripada 10 tahun ke atas Iraq dan juga pemusnahan senjata pemusnah besar-besaran di Iraq oleh United Nations, barulah US berani melancarkan perang untuk menawan Iraq dalam pada bulan Mac 2003. US mengetahui bahawa Iraq telah lama tersepit oleh kekurangan bekalan makanan dan ubatan, dan pemusnahan segala jet-jet pejuang dan senjata pemusnah besar-besaran telah dilakukan oleh badan dunia UN, maka kerana inilah US berani melancarkan perang ke atas Irak.

Juga pada tahun 2001, US melancarkan perang menawan Afghanistan, US telah lama mengetahui bahawa Afghanistan tidak mempunyai apa-apa infrastruktur perang seperti kilang membuat senjata berat, pusat simpanan senjata dan lain-lain. Ini menjadikan US begitu berani menyerang dan menawan dua negara Muslim yang ’lemah’ dan dilemahkan iaitu Iraq dan Afghanistan. Lagipun Pakistan telah membenarkan US menggunakan ruang udaranya untuk melancarkan serangan terhadap Afghanistan pada masa itu.

Kini, Israel pula melancarkan perang ke atas Gaza, setelah Gaza disepit oleh kekurangan makanan dan bekalan ubat-ubatan sejak sekian lama. Sedikit sebanyak strategi ini sama dengan strategi US menawan Afghanistan dan Irak pada tahun-tahun 2001 dan 2003.

Pendudukan tentera Israel di selatan Lebanon selama beberapa tahun telah gagal menghancurkan tentera Hizbullah, dan Israel terpaksa keluar dari selatan Lebanon pada tahun 1999. Pengeboman oleh jet-jet pejuang Israel di Qana’a , Lebanon juga telah gagal menghancurkan tentera Hizbullah. Pada tahun 2006 pula mereka melancarkan pengeboman ke atas Lebanon dan kali ini diikuti serangan darat bagi menceroboh bumi Lebanon untuk menghancurkan  Hizbullah sekaligus. Tentera Lebanon tidak membantu Hizbullah dalam peperangan ini, selain daripada mengeluarkan mayat-mayat daripada timbunan runtuhan bangunan dan menghantarkan penduduk yang cedera ke hospital.

Dikatakan juga, di kalangan tentera Hizbullah, terdiri daripada orang awam seperti pembuat roti, pekedai, pekerja restoran, pelajar kolej, pemandu teksi dan lain-lain yang sukarela berjihad melawan tentera Israel ketika itu. Setelah tentera Israel mengalami kehilangan jiwa anggotanya yang ramai, mereka terpaksa berundur dari selatan Lebanon sekali lagi. Selepas perang itu, terdapat suatu pungutan suara di kalangan negara-negara Timur Tengah, yang telah meletakkan Hassan Nasrallah, pemimpin Hizbullah sebagai pemimpin yang paling dikagumi di rantau Timur Tengah. Setelah peperangan tersebut berakhir, beberapa pegawai tentera Israel telah meletak jawatan di atas kegagalan tersebut. Setelah menyedari kejayaan tentera Hizbullah yang berjihad mempertahankan Lebanon daripada pencerobohan tentera Israel, maka Hizbullah dilabel sebagai puak terroris sebagai propaganda US di dalam perang menentang keganasan atau “War on Terror”.

Justeru, sekiranya tiada pengkhianatan dari kalangan pemerintah umat Islam sekarang kepada Allah, RasulNya dan kaum Mukminin, telah lama Amerika dan Yahudi ini hancur diperangi oleh tentera-tentera umat Islam. Selain daripada perintah menyediakan keupayaan ketenteraan sekuat-kuatnya di dalam surah al-Anfaal ayat 60, Allah juga berfirman di dalam Al-Quranul Kareem:

“Wahai Nabi, kobarkanlah semangat para mukmin itu untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang (yang sabar) di antaramu, mereka dapat mengalahkan seribu daripada orang-orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti” [TMQ an-Anfaal (8):65].

Namun ternyata, pemerintah yang ada tetap berpegang kepada hukum kufur dan tetap membelakangkan hukum Allah. Sungguh azab Allahlah yang paling layak bagi mereka dan mereka pasti akan mendapatkannya.
Wallahu a’lam.


What do you know bout Al-Aqsa? Here is the answer… November 4, 2008

Posted by techis in articels.
3 comments

These images and maps are collected from several sites to show you the exact place of Al-Aqsa Mosque.

Please note that what you see in news and CNN is Dome of the Rock and not the Al-Aqsa Mosque.

The propagand is created by the Jews, Pagans and anti-Islamic people to focus eyes of Muslims on Dome of the Rock so that they (Muslims) would not be able to distinguish.

Map of Jeruselum (Jerusalem)

Here you can see exact position of Dome of the Rock and Masjid Al-Aqsa

Map of Jeruselum (Jerusalem)

Temple Mount view

Here is the view of Dome of the Rock and Masjid Al-Aqsa

Temple Mount view

Here is another view of Dome of the Rock and Masjid Al-Aqsa

view of Dome of the Rock and Masjid Al-Aqsa

Here is actual view of the above map. You can clearly see positions of Dome of the Rock and Masjid Al-Aqsa

see positions of Dome of the Rock and Masjid Al-Aqsa

Here is the satellite view

satellite view of Dome of the Rock and Al-Aqsa Mosque

Here is a closer view of the Masjid Al-Aqsa (which is NOT the one shown on CNN and Jewish media)


closer view of the Masjid Al-Aqsa (which is not the one shown on CNN and Jewish media)

Here is a poster of Masjid Al-Aqsa and Dome of the Rock

Click to open original image

poster of Masjid Al-Aqsa and Dome of the Rock

Here is a LARGE view of Dome of the Rock and Masjid Al-Aqsa

Hope these can answer all your misunderstanding before. Do not let Muslims fall for such kuffar scheme.

Kasihnya Seorang Ayah November 3, 2008

Posted by techis in articels.
add a comment

Artikel nie aku terbaca dalam laman web iluvislam.com… Bagi aku, pengisian yang cuba disampaikan oleh penulis amat jelas dan amat menyentuh hati.. Kepada korang yang tak rase pe2 lepas baca artikel kat bawah nie maknanya ade masalah la ngan hati korang…Jom kita baca sama2…

 

 

Bukan Tidak Tega, Tapi Terlalu Cinta!
http://www.iLuvislam.com
Ustaz Pahrol Mohamad Juoi*
Editor : kasihsayang

Beratnya untuk melepaskan dia pergi. Selama ini, tangan ini yang membelainya. Selama ini, hati ini yang selalu bimbangkannya. Sejak suara tangisnya yang pertama, sejak ku laungkan azan di telinganya, aku begitu mengasihinya. Ya, dia adalah permata hatiku. Namun, dia bukan selamanya milikku….

Rumah ini, cuma persinggahan dalam perjalanannya menuju kedewasaan. Dan kini sudah hampir masanya kau pamit. Walaupun di hatiku tercalar sedikit rasa pahit, tapi siapalah aku yang boleh menahan perjalanan waktu? Siapakah aku untuk menahan realiti kedewasaan? Maafkan aku wahai anak…. Bukan aku tidak tega, tetapi kerana terlalu cinta!

Hatiku tertanya-tanya, apakah ada insan lain yang boleh menjaganya sepenuh hati. Sejak bertatih, aku melihat jatuh bangunnya tanpa rasa letih. Siapakah yang membalut luka hatinya dalam kembara itu nanti? Aku jauh……bila segalanya bertukar tangan, amanah akan diserahkan. Aku tahu saat itu aku mesti mula melepaskan. Itu satu hakikat.


Cinta seorang ayah bukan bererti mengikat..

Cinta bukan bereti mengikat… tetapi melepaskan, membebaskan. Kau umpama anak burung yang telah bersayap, telah mampu terbang membelah awan, meninggalkan sarang. Apakah aku terlalu dungu untuk terus membelenggu?

Puteriku… kau terpaksa ku lepaskan…. Apakah si dia mampu menyayanginya seperti aku? Ah, mengapa rasa curiga ini datang bertandang. Bukankah segalanya telah di putuskan sejak dia membisikkan bahawa hatinya telah diserahkan kepada ‘si dia’- lelaki pilihannya? Bukankah segala perbincangan musim lalu telah terungkai dan keputusannya telah dimeterai?

Namun… hati ayah…. Hati abah… pasti ada gundah. Sudah pasrah, tapi diguris goyah. Bolak-balik hati ini wahai anak… terlalu laju untuk dipaku.

Tepatkah plihanmu? Tepatkah keputusanku? Namun siapakah kita yang boleh membaca masa depan? Layakkah kita mengukur kesudahan di batas permulaan?

Sangka baik jadi penawar. Kau anak yang baik, insyaAllah pilihanmu juga baik. Tuhan tidak akan mengecewakanmu. Jodohmu telah ditentukan. Dan ketentuan Allah itu pasti ada kebaikan!

Kekadang, aku diserbu seribu pertanyaan. Apakah aku masih di hatinya setelah dia bersuami nanti? Atau aku hanya akan menjadi tugu kenangan yang dijengah sekali-sekala? Bukan, bukan aku membangkit, jauh sekali mengungkit…upayaku mendidikmu bukan suatu jasa. Itu hanya satu amanah.

Namun, ketika usia menjangkau senja, aku pasti semakin sepi…… aku akan mengulang-ulang kisah lama yang penuh nostalgia. Diulit oleh kenangan indah musim lalu, ketika dia begitu manja di sisi. Aku ingin mendengar lagi suaranya yang dulu-dulu. Mengadu tentang ini dan itu. Bercerita dan berkisah, dengan lidahmu yang petah dan lagak yang penuh keletah.

Pergilah. Aku rela. Allah bersamamu.

Doaku mengiringi setiap langkah di alam rumah tanggamu nanti. Moga si dia akan menjaganya seperti aku menjaga ibunya.umminya. aku akan bersangka baik. Justeru Allah itu menurut sangkaan hamba-hambaNya. Aku bersangka baik, insyaAllah, dia dan aku akan mendapat yang terbaik. Di situ, noktahlah kebimbangan hati seorang ayah. Seorang abah!

Teleportation Dalam Al-Quran July 17, 2008

Posted by techis in articels.
add a comment
Teleportation Dalam Al-Quran
http://www.iLuvislam.com
oleh : saifuddin*


Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari Al Kitab “Aku akan membawa singgasana itu kepadamu sebelum matamu berkedip.” Maka tatkala Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di hadapannya, iapun berkata: “Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencoba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya). Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia.” [An-Naml : 40]



Dalam ayat di atas ‘seorang yang mempunyai pengetahuan dari Al-Kitab’ telah berkata bahawa dia mampu untuk membawa singgahsana Ratu Balqis dari negeri Saba ke singgahsana Nabi Sulaiman di Palestin pada masa yang sangat singkat. Hal ini nampak seperti mustahil akan tetapi yakinlah bahawa sekiranya Al-Qur’an yang membicarakannya, maka tiada apa pun yang mustahil. Penemuan terkini telah membuktikan bahawa suatu hari nanti, manusia mampu memindahkan objek dari satu tempat ke satu tempat lain yang jauh dalam beberapa saat sahaja. Teknologi ini dinamakan teleportation.

Teleportation ialah perpindahan objek atau zarah asas dari satu tempat ke tempat yang lain dengan serta-merta tanpa bergerak melalui ruang. Sehingga kini saintis telah berjaya melakukan teleportation ke atas foton dan atom. Teleportation ini berbeza dari teleportation seperti yang digambarkan dalam fiksyen sains. Dalam fiksyen sains, teleportation boleh memindahkan satu objek ke tempat yang lain. Secara realiti, teleportation sebenarnya tidak memindahkan objek tersebut sebaliknya apa yang dipindahkan sebenarnya ialah maklumat yang terkandung dalam atom objek tersebut dan disusun semula atom-atom itu menjadi replika yang sama dengan objek asal.

Teleportation secara mudahnya boleh dibayangkan sebagai permainan snuker. Dalam fiksyen, teleportation dianalogikan seperti sebiji bola yang berputar lenyap dari satu sudut meja dan muncul semula bola yang sama pada satu sudut yang lain. Sebaliknya dalam quantum teleportation, bola yang berputar tadi tetap pada tempatnya manakala sifat putaran itulah yang dipindahkan ke atas bola lain di atas meja.

Perkembangan Terkini

Pada 1993, enam orang saintis termasuk seorang dari IBM, Charles H. Bennet mengesahkan bahawa teleportation seperti yang digambarkan dalam fiksyen sains secara prinsipnya boleh dilakukan dengan syarat objek asal perlulah dimusnahkan.

Pada 1998, beberapa ahli fizik di California Institute of Technology (Caltech) bersama dua kumpulan dari Eropah menjadikan idea IBM satu kenyataan apabila mereka berjaya melakukan teleportation ke atas foton iaitu partikel tenaga yang mengandungi cahaya. Kumpulan ini berjaya membuat bacaan pada struktur atom foton kemudian menghantar maklumat tersebut sejauh 3.28 kaki (kira-kira 1 meter) melalui kabel dan membina replika foton tersebut. Seperti yang dijangkakan, foton yang asli tidak lagi wujud setelah foton replika dibina.

Pada 2002, beberapa orang penyelidik dari Australian National University (ANU) telah berjaya membuat pancaran cahaya lenyap di satu tempat dan muncul semula di tempat lain pada jarak yang dekat. Kejayaan ini meyakinkan lagi mereka bahawa secara teori teleportation tidak mustahil walaupun melibatkan hanya partikel sub-atom.

Paling terkini iaitu pada 2006, satu eksperimen yang dikatakan paling berjaya telah dijalankan di Niels Bohr Institute di Copenhagen, Denmark. Dr. Eugene Polzik dan kumpulannya telah melakukan teleportation maklumat yang tersimpan di dalam pancaran laser kepada kepulan atom. Menurut Dr. Polzik, eksperimen ini melangkah setapak jauh ke hadapan kerana buat pertama kali ia melibatkan teleportation antara dua objek yang berbeza iaitu cahaya dan jirim. Satu berfungsi sebagai pembawa maklumat manakala satu lagi medium penyimpanan. Maklumat tadi telah diteleportkan sejauh 1.6 kaki (setengah meter).

Teleportation Manusia

Kita masih lagi terlalu jauh untuk dapat membina mesin teleport seperti di dalam filem. Untuk membolehkan seseorang dipindahkan ke satu tempat yang lain dalam sekelip mata, pergerakan mestilah dengan kelajuan cahaya. Hal ini menurut hukum fizik adalah mustahil.

Membina mesin yang boleh menjalankan teleport manusia bukan mudah. Mesin itu mestilah mampu mengenal pasti dan menganalisa dengan tepat kesemua 1028 atom pada badan manusia. Kemudian, mesin ini perlu menghantar maklumat ke lokasi yang lain di mana badan seseorang itu akan dibina semula dengan tepat mengikut tubuh asal. Molekul yang dibina tidak boleh tersasar meskipun hanya beberapa milimeter kerana hal ini boleh menyebabkan kecacatan yang parah pada sistem neuro atau fisio.

Katakanlah mesin ini berjaya dicipta, manusia yang dipindahkan itu pada hakikatnya tidak “dipindahkan”. Mesin teleport ini lebih mirip kepada mesin faks, cumanya salinan manusia tersebut mempunyai ketepatan yang lebih berbanding mesin faks. Namun begitu, apa yang terjadi pada manusia yang asal? Teori mencadangkan supaya menggabungkan pengklonan genetik (genetic cloning) dan pendigitan (digitization) dengan teleportation.

Dalam pengklonan biodigital ini, manusia asal yang hendak dipindahkan itu secara asasnya akan mati. Minda dan tubuh yang asal tidak lagi wujud. Sebaliknya, struktur atom seseorang itu akan dibina semula di lokasi yang lain, manakala pendigitan pula akan membina semula memori, emosi, harapan dan impian. Dengan kata lain, seseorang itu wujud dengan badan baru yang diprogramkan dengan maklumat yang sama dengan tubuh asal.

Rujukan

1. Wikipedia – Teleportation
2. IBM – Quantum Teleportation
3. CNN.com – Beam me up: Just how close are we to teleportation?
4. BBC News – Teleportation breakthrough made
5. BBC News – Australian teleport breakthrough
6. Howstuffworks – How Teleportation Will Work
7. BBC News – Q&A: Teleportation


* saifuddin @ Ahmad Saifuddin Amran merupakan salah seorang penulis jemputan iLuvislam. Kini beliau merupakan pelajar perubatan di Jordan University of Sciences & Technology(JUST). Menulis di http://msaidhawwa.blogspot.com