jump to navigation

Travian -Famous online game March 14, 2009

Posted by techis in Techis' thought.
add a comment

I just learn to play travian…Its a good game for those people who cannot spend too much time to play. Its all about creating the empire, trading with other country and war. To play this game, no download is required. Register and play, thats all. In this game, u could create your own guild. Guild is used as tools of communications between you and group members, it helps each other when they were being attacked or they need your help. There are lots of stuff you can find yourself when u play this game. Cool game! that what i can say…

Just  have a visit by clicking this link ( for Malaysia server only). I guaranteed u’ll miss this game…(^_^)

CLICK HERE TO TRY THIS GAME
Advertisements

Palestin- Isu Bermusim??? March 8, 2009

Posted by techis in Techis' thought.
add a comment

http://tiadasempadan.co.cc

Selepas beberapa ketika, apabila Israel mula mengurangkan serangannya ke atas Gaza baru-baru ini kita akan dapat mula menyaksikan bagaimana sikap kebanyakkan rakyat Malaysia. Jikalau anda dapat lihat di dada-dada akhbar, anda sendiri akan dapat perasan bahawa isu Palestin akan mula kurang dibincangkan. Media akan mula beralih arah kepada isu-isu lain seperti isu Obama, isu gelagat artis luar negara dan lain-lain.

Situasi seperti ini bukanlah sekali terjadi, namun selalu sangat terjadi. Kita dari kecil selalu dididik dengan situasi bermusim. Contohnya, seperti sambutan Maulidur Rasul, kita akan mula menyaksikan ceramah-ceramah agama akan mula ditayangkan di televisyen. Kita akan didedahkan dengan sirah-sirah nabi, gaya hidup Islamik, nasyid-nasyid yang dikumandangkan di kaca-kaca televisyen. Malah pembaca berita wanita pun akan mula mengenakan pakaian yang sopan. Tetapi, apabila tamat sahaja sambutan Maulidur Rasul, semuanya seolah-olah kita akan lupakan seperti tiada apa yang terjadi.

Berbalik kepada isu Palestin tadi, jika dahulu semasa kempen masih hangat, Mcd pun merasa bahang boikotnya. Tetapi, apabila isu ini mula reda( sebenarnya isu Palestin masih belum selesai), kita akan dapat menyaksikan sebahagian umat Islam akan mula membanjiri premis-premis yang diboikot, khasnya Mcd dan Starbuck. Situasi ini menyebabkan saya berasa sedikit kecewa dan mencetuskan perasaan untuk menulis kepada anda semua. Saya berasa malu apabila melihat umat Islam, saudara kita sendiri makan dengan bangganya di premis-premis ini tanpa rasa kesedaran sedikit pun( ataupun mereka sedar cuma tidak prihatin). Sedangkan ulama sendiri telah menyatakan bahawa setiap sen yang kita keluarkan dengan membeli barangan yang menyokong tindakan ganas Israel adalah difatwakan haram oleh ulama. Mengapakah masih terdapat golongan seperti ini yang masih tidak menyedari hakikat ini??

Adakah perut mereka lagi penting berbanding nyawa ribuan saudara kita di Palestin yang akan melayang apabila mereka menyokong produk Israel ini???

Inilah yang dikatakan kempen bermusim. Saya tidak salahkan semua pihak, cuma yang bersalah adalah sikap kita sendiri. Tujuan kempen diadakan adalah untuk memberikan kita kesedaran, dengan harapan kita akan terus istiqamah meneruskan kempen kita walaupun tempoh berkempen telah tamat. Jikalau orang yahudi bersungguh-sungguh memajukan bangsa mereka walaupun mereka sedikit, mengapa kita tidak boleh memajukan umat kita juga sedangkan bilangan kita ramai???

Umat Islam bernasib baik kerana mempunyai tuhan yang Maha Esa, kita mempunyai kitab suci yang sesuai untuk sepanjang zaman. Di dalamnya terkandung segala benda, sejarah, nasihat, undang-undang, sains, dan juga penceritaan masa depan. Allah juga telah menceritakan bahawa bangsa yahudi ini adalah merupakan bangsa yang pengecut. Mereka sangat takut apabila kita bersatu. Sikap yahudi ini telah dibuktikan melalui sejarah-sejarah mereka sebelum ini.Allah telah berfirman di dalam surah Al Hasyr ayat 14:


(Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami
.

Adakah firman Allah ini tidak benar??? Rugilah orang yang tidak mengetahui. Segala yang difirmankan oleh Allah ini sangat-sangat benar. Lihatlah sekarang ini,segala kawasan mereka( asalnya tanah milik kita yang dirampas) akan dibina tembok batu yang panjang supaya pejuang palestin tidak melawan mereka secara berdepan. Mereka takutkan dengan bayang-bayang sendiri. Mereka hanya berani membunuh kanak-kanak kecil di depan mereka. Bila mereka diserang hendap, mereka akan bertempiaran lari. Mereka bukanlah kuat, mereka seolah-olah tidak dapat dikalahkan. Hakikatnya, mereka adalah bangsa yang paling mudah ditewaskan jika kita semua bersatu.

Mengapa kita tidak bersatu??? Cuba anda bayangkan, kalau isu boikot yang paling mudah kita lakukan pun kita tidak boleh lakukan. Bagaimana kita boleh barsatu untuk perkara-perkara yang lebih besar. Rasulullah telah mewariskan kita bermacam-macam hadis untuk kita kaji. Di dalamnya terdapat bermacam-macam petunjuk yang hanya orang Islam dapat memahaminya. Kepada sesiapa yang mempunyai kelebihan untuk menkaji hadis, anda digalakkan menkaji hadis2 Rasulullah dan menyebarkan segala rahsia yang belum terungkai kepada kita semua supaya kita dapat menjadi umat yang maju seperti zaman kegemilangan Islam dahulu.

Sekarang bukan masa untuk kita menunggu, tetapi sekarang masa untuk kita bergerak. Isu Palestin bukanla isu bermusim, apabila tiba musim kita akan mula menderma dan melakukan qunut nazilah. Tetapi, isu palestin adalah lebih daripada itu. Isu ini adalah isu aqidah, umat Islam diwajibkan menghulurkan segala jenis pertolongan yang termampu untuk mengusir Zionis dari tanah umat Islam yang dirampas. Kepada bakal engineer, semoga anda menguasai teknologi dengan jayanya untuk kebangkitan Islam. Kepada bakal pemimpin, jadilah pemimpin yang tegas dan hanya takutkan Allah. Kepada bakal ibu bapa, didiklah anak anda nanti dengan semangat jihad dari kecil. Ayuh kita semua wujudkan generasi yang memegang Islam sebagai cara hidup kita!

I would like to wish……. March 6, 2009

Posted by techis in Techis' thought.
add a comment

Assalamualaikum… Its been a very long time I dint come with any updates in this blog since I was moving to my new websites, http://tiadasempadan.co.cc… But, even though I became quite passive in this blog, I still received several comments and email asking several things. Those people who sent me comments, I would like to thanks to all of you. Because of you guys, it made me feel like Im alive and energetic to keep on blogging. Thanks again…

I’ve took my time to think about what should I post in this blog. Specifically, I just decided to keep focusing on Palestine issues in this blog. That is because in my new website, Im more focusing on Islamic technologies, Muslim Idol, Music and robotic technology.In short, its all about technologies.. But, all of them are in Malay language. For those who dont speak malay, I would like to give an apology if u cannot understand my words when u are visiting my web. Some people suggested me to write my new web in English, but I think I would like to give general knowledges to youth people from my country. Because I want them to know that Islam is the way of life.  This is because some people in my country gradually started to follow bad western culture. Thats my motive…Hope all of you could pray to Allah for me… =)

Aku telah berpindah… February 14, 2009

Posted by techis in Techis' thought.
1 comment so far

Saya telah membuat satu laman baru di sini:

http://tiadasempadan.webs.com

Jikalau korang berkesempatan, bolehla melawat laman web tue. Manataw ade gak manfaat yang bley dapat… =)

Dekat sana aku lebih banyak menceritakan tentang sedikit ilmu yang aku ada utk perkongsian korang semua. Maybe selepas nie aku lebih banyak menumpukan dekat laman sana. Harap dapat ziarah. Terima Kasih…

Bagai cendawan tumbuh selepas hujan. January 25, 2009

Posted by techis in Techis' thought.
add a comment

Semasa melayari internet untuk melihat perkembangan terkini isu2 umat Islam, saya terjumpa banyak blog2 yang baru dilancarkan oleh blogger2 yang pada firasat saya merupakan golongan muda yang ingin berjuang menegakkan Islam yang sebenar.

Bagi saya, ini merupakan perkembangan yang bagus kerana setiap hari semakin ramai individu atau remaja Islam yang mula sedar akan tanggungjawab mereka. Harap golongan ini terus istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab yang sukar dipikul ini. Pada masa yang sama, saya juga turut menyeru diri saya sendiri yang serba kekurangan ini untuk meperbaiki diri saya ke arah yang lebih baik. Walaupun ilmu kita belum penuh di dada dan serba kekurangan, namun tanggungjawab kita sebagai muslim adalah menyampaikan ilmu tersebut walaupun dengan hanya satu ayat setakat kemampuan kita. Kerana itu merupakan amal kita untuk dijadikan bekalan di akhirat kelak.

Dalam perkembangan budaya hedonisme zaman sekarang, amat sukar untuk seseorang mempraktikkan Islam sepenuhnya seperti sahabat2 nabi dan generasi2 sebelum ini. Namun, kita tidak boleh berhenti berusaha untuk menjadi lebih baik. Apa yang saya lihat sekarang, fenomena kebangkitan Islam mulai menonjol. Dimana jika dahulu jarang sekali kita mendengar seseorang membicarakan kesatuan Islam. Namun, selepas beberapa peristiwa, terutamanya isu Palestin, umat Islam mulai bercakap tentang kesatuan Islam. Mereka tidak lagi mengharapkan para pemimpin mereka untuk menyelesaikan isu ini kerana para pemimpin mereka hanya tahu berlembut dengan golongan kuffar yang terlaknat ini.

Umat islam kini mulai berbicara mengenai langkah2 yang sepatutnya diambil untuk mengatasi masalah ini. Antara yang selalu saya dengar ialah mengenai menyatukan kembali wilayah2 umat Islam menjadi satu supaya perasaan kebangsaan di kalangan umat Islam akan terhapus. Seperti yang kita lihat semasa Palestin diserang, negara2 Islam yang bersebelahan dengan Palestin tidak mahu mengerahkan tentera mereka untuk berjihad kerana mereka merasakan seolah2 ini merupakan isu untuk orang Palestin sahaja disebabkan oleh sempadan geografi yang sengaja diwujudkan oleh pihak barat dalam rancangan melemahkan Islam. Mereka langsung tidak terasa terancam walaupun negara seakidah mereka diserang oleh kuffar.

Disamping itu, umat Islam sekarang mula menyeru kepada perlantikan seorang pemimpin yang memegang sepenuhnya hukum Allah dan hanya takutkan kepada Allah semata-mata, yang mereka gelarkan sebagai khalifah. Situasi ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, namun di seluruh dunia. Tiap2 hari mereka tidak berhenti berjuang dalam menyeru kepada pemimpin yang takutkan Allah. Namun, apa yang agak mengecewakan saya ialah mengenai perjalanan politik di Malaysia sekarang ini. Pemimpin2 parti politik masing2 sibuk menghentam sesama saudara Islam mereka niat untuk menjatuhkan mereka. Sedangkan pada masa yang sama, parti politik bukan Islam duduk ketawa melihat gelagat pemimpin Islam yang berbalah. Mereka lupa bahawa mereka mempunyai akidah yang sama. Mereka lupa bahawa tujuan mereka memegang tampuk kepimpinan adalah untuk menjalankan amanah Allah di muka bumi ini. Satu parti yang amat sinonim dengan isu menegakkan hukum Islam suatu ketika dahulu apabila mendapat tentangan dari orang kafir, mereka terus jadi lembut dan tidak bertegas dalam pendirian mereka. Manakala satu lagi parti politik yang memperjuangkan bangsa melayu tidak habis2 dengan isu bangsa mereka dengan alasan untuk kemajuan bangsa melayu dan menolak sebulat-bulatnya agama ke tepi. Lupakah mereka bahawa bangsa melayu juga pernah mencapai zaman kegemilangan apabila Islam dijadikan sebagai satu cara hidup semasa kegemilangan Melaka dahulu? Lupakah mereka bahawa bahasa melayu pernah menjadi bahasa perantaraan dunia suatu ketika dahulu ketika Islam menyinar di bumi kita?? Apakah alasan mereka dengan mengatakan bahawa Islam menyebabkan sebahagian masyarakat berfikiran jumud dan mereka menolak tepi hukum2 Allah.

Marilah kita sama2 bersatu.. Oh ya! di sini saya ingin berikan satu blog yang agak bagus juga saya rasa untuk menambahkan ilmu kita. Klik di sini untuk ke blog tersebut. Semoga sedikit usaha saya ini dirahmati Allah.

Raihan- Famous, but not too famous June 11, 2008

Posted by techis in Music, Techis' thought.
Tags: , ,
add a comment

When I searched the internet, I found many articles  about Raihan nasheed group. I was quite shock because Raihan is the famous artist for another country. They got many offers to perform their show around the world. Sometimes I wonder why the famous artist like Raihan become less famous in their own country. Being  a Malaysian, I was so dissapointed because Raihan had not given a big chance in their own country to appear frequently in the media. I hope that someday Raihan group will become an idol in their own country because they bring good attitude along them, rather than we choose some artistes that  brought bad manner to be our idol.

This group is formally formed in October 1996 by five members, Nazrey Johani,Azhari Ahmad as leader, Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim and Amran Ibrahim. But now, curently Raihan members remained four while Che Amran as the leader with Abu Bakar, Amran and Zul Fadli.Raihan pioneered contemporary Nasyeed to win many awards and recognition. They now travel the world spreading inspirational words of peace to all people, Muslims or otherwise. Raihan’s motto is “Pray Hard Work Smart”

ACAB- suatu fenomena June 11, 2008

Posted by techis in Techis' thought.
add a comment

ACAB merupakan nama yang tidak asing lagi di kalangan peminat muzik underground suatu ketika dulu. Lagu-lagunya bagaikan mempunyai nafas yang istimewa sehinggakan lagu mereka masih didengari oleh peminat dan lagu ACAB sering dibawakan semasa mereka jamming. Betapa hebatnya pengaruh kumpulan ini.

Di blog nie aku ada letak lirik lagu ACAB- Bangun…Bagi aku lagu ni agak sedap didengar dan apa yang mereka cuba sampaikan dalam lagu ini adalah sesuatu yang agak positif. Lirik lagu ini ada aku letak dalam bahagian muzik.

Satu Cabaran Buat Kita June 9, 2008

Posted by techis in Techis' thought.
add a comment

Pagi tadi ak ade terbaca paper…tajuk utama die mengenai tambang bas yang naik…

Berita 2 ade cakap yang terdapat sesetengah pihak mengambil kesempatan terhadap kenaikan harga minyak nie. Dikatakan yang terdapat syrikat bas yang meminta cas tambahan kepada penumpang semasa menaiki bus..Dengan alasan mereka yang harga minyak sudah naik.

Kita juga telah diumumkan yang kerajaan telah memberi sepenuhnya subsidi kepada syarikat2 bas tersebut dengan harapan supaya tambang bus tidak akan naik dan akn menyusahkan pengguna. Namun, masih ade sesetengah pihak yang masih menangguk di air yang keruh. Walaupun masih mendapat subsidi namun mereka cuba mendapatkan untung yang lebih.. Bagi aku nie adalah satu perbuatan yang busuk dan menindas.

Yela, bagi golongan yang tidak mampu berkenderaan, jadi bus adalah pilihan alternatif mereka ke destinasi..Alih2…diorg nie nak amik kesempatan plak tanpa memikirkan kebajikan orang ramai..Lagi satu, kenaikan harga minyak nie juga membebankan aku…Yela, sebagai pelajar aku ade beli motor supaya aku senang pergi kemana2…pastu, aku baru je dapat tambahan elaun dari pihak yang menaja aku belajar di sini…alih2 minyak naik harga. Serupa macam elaun aku x naik juga la…dahla aku selalu berulang alik pg fakulti tiap2 hari…mmg parah betul camnie..2 blum ckap lagi tyme nak balik umah nek bus dengan tambang yang diorg ckp mkin mahal…ish3…terasa gak cmnie. belum kira lagi mkanan yang naik hrga 10sen…n mcm2 lg la…sabar jela..

Sekadar peringatan June 8, 2008

Posted by techis in Techis' thought.
add a comment

tak lama lagi cuti semester akan tamat dan pelajar2 akan siswa2 akan kembali meneruskan pengajiannya dengan azam yang berkobar2….Niat di hati masing2 ingin menuntut ilmu.

bila bercakap mengenai menuntut ilmu nie..suka ak ceritakan yang tiap2 orang ingin berjaya dalam hidup masing. jadi tiap2 orang akan memasang matlamat hidup nye..pendek kata memasang cita2…ak pon ade cita2 ak gak dulu…dulu ak pnh bercita-cita nak jadi jutawan supaya ak dapat hidup senang…

pas2..bila ak ad terbaca satu artikel dari mane ntah..ak pun xingat..artikel ad ckapkan…sekaya mana pun kita,,tapi kita xdikira berjaya jika kita tidak berjaya mengubah masyarakat sekeliling kita…

kemudian…ak pernah menghadiri 1 ceramah oleh Jazari Community…Seorang prof kat university ak pon ckap benda yang sama..jadi barula yang ak sedar bahawa dalam kita belajar nie kita mesti niatkan dalam hati kita bahawa dengan ilmu yang kita dapat nie kita akan gunakan untuk kebaikan orang lain juga. bukan untuk kepentingan diri kita. jika ilmu yang kita guna adalah untuk kepentingan diri kita, nescaya hati kita xkan tenang dan lagi 1 akan jadila kes2 penyalahgunaan ilmu yang kita pelajari..ak harap ak x jadi cam2…

kepada kwn2 yang mendapat pluang belajar..belajarlah bersungguh-sungguh …pluang nie cuma dtang skali saje. dan jagalah agama kita sebab ape yang ak lihat skang nie banyak anak muda kita skang nie yang xbrape endah pasal agama kita…saudara kita yang di Palestin….kita smua msti berpegang kembali ape yang selalu kita tinggal…iaitu Al-Quran dan Sunnah…ak xckap ak perfect…cuma ak post nie pun jus nak ingatkan diri aku sendiri gak supaya ak pun x  lalai sepanjang ak menuntut ilmu nie. sbab dari pngalaman ak..banyak org yang mulanya bersemangat dengan impian masing2 las2 bile da blajar tinggi2 die da lupa diri…lupa asal-usul dan agama..

2 jela kot jus peringatan kepada diri aku dan juga korang suma…Harap kita suma dapat menegakkan kembali pe yang kita lupa…Pd ms 2, kita suma akan dibalas pe yang kita wat…..

salam…

the darkest day ever June 7, 2008

Posted by techis in Techis' thought.
add a comment

Bangun je dari tdo…kepala aku runsing…yela projek aku belum siap ag…tpi skang da nak dekat ujung bulan da nie….nak pg lab pula org x ramai..jadi aku xbleyla stay lama sangat sampai pg wat keja ak kat sana..

yelakan takut jadi eksiden ke pe2 kang xde plak org nak tolong aku…sebagaipelajar mechatronics yang banyak men ngan benda elektrik nie bahaya gak kalo wat keja kat lab sorang2…tambahan plak aku xcukup tdo..

senang2 ak pk arini ak xnak pg lab…lgpun ari ahad…anggap jela holiday..hehehe(malas betul nie)…

aah….bru nak ckap aku baru siapkan je USB programmer..baru2 nie ak pny group Jazari Research Development(JRD) ade jual produk USB programmer nie.sesape yang rase berminat nak beli benda nie bleyla tanye ak lg detail…coming soon plak Jazari Educational Board v1.0…yang 2 nnt2 la ak cite ye..hehe