jump to navigation

Hamas: Israel undur kerana serangan pejuang dan semangat juang rakyat. January 22, 2009

Posted by techis in articels, News.
1 comment so far

Khamis, 22/01/2009 – Gerakan Pejuang Islam Hamas menegaskan komitmennya dengan pilihan perlawanan sebagai landasan sebarang dialog Palestin. Hamas menegaskan bahawa projek mereka adalah pembebasan seluruh Palestin dan bukan hanya Gaza. Hamas melihat apa yang terjadi di Semenanjung Gaza sehingga perang berakhir adalah kemenangan pejuangan menuju jalan pengusiran penjajah dari seluruh tanah Palestin.

Pemimpin Hamas, Ismail Ridwan mengatakan, “Penjajah belum merealisasikan tujuan serangan yang pernah diumumkan sebelumnya. Mereka berundur akibat gempuran perlawanan dan semangat juang rakyat Palestin, bukan kerana tekanan antarabangsa atau resolusi PBB.” Beliau menegaskan bahawa penjajah Israel mengunakan cara pembohongan dan tipudaya terhadap dunia antarabangsa dan media untuk menyembunyikan kerugiannya.

Beliau mengatakan bahawa kemenangan Gaza tidak lain adalah jalan menuju al Quds dan Haifa dan Yafa, menuju Nagev dan Tebing Barat. Gaza bukan satu-satunya projek Hamas. Projek Hamas adalah Gaza dan seluruh Palestin. Hamas akan terus bertempur sehinggah penjajah berundur dan meninggalkan Palestin.

sumber

P/S: berita ini dapat kita lihat objektif HAMAS untuk membebaskan keseluruhan Palestin dari cengkaman Israel. Di sini kita dapat lihat gerakan yang memperjuangkan Islam sebagai landasan akan memperoleh kemenangan yang hakiki. Semoga umat Islam mengambil pengajaran dari peristiwa ini untuk meningkatkan iman, dan kepada HAMAS, semoga anda sentiasa berjuang di atas landasan Islam…

Israel Pengecut Mula Rancang untuk Berundur January 15, 2009

Posted by techis in articels, News.
1 comment so far

Israel tak ingin berperang lebih lama di Gaza. Militer Israel sudah merasakan pahitnya perang. Menghadapi para pejuang Palestin, yang terus bertahan menghadapi serangan missil dari udara, darat dan laut. Sebahagian militer Israel sudah kehilangan disiplin. (Yerusalem Post, 15/1/2009). Diantara anggota tentera Israel sudah ada yang melakukan protes. Mereka tak sanggup menghadapi perang di Gaza, dan harus membunuhi orang-orang sipil, anak-anak, wanita dan orang tua. Dalam pertemuannya ‘Trioka’ (Perdana Menteri Olmer, Menteri Luar Tzipi Livni, dan Menteri Pertahanan Ehud Barak), mendiskusikan, bagaimana caranya melakukan ‘exit’ (keluar) dari Gaza? ‘Trioka’ itu menyetujui mengirim Deputi Menteri Pertahanan Israel, Amos Gilad, ke Kaherah, bertemu dengan sejumlah pegawai di Kaherah, menyusun formula ‘perdamaian’, agar Israel segera dapat keluar dari Gaza. Israel, nampaknya menyetujui formula yang dibuat Mesir, dan ‘gencatan senjata’ itu, iaitu dimulai dengan Hamas menyerahkan Kopral Gilad Shalid ke Mesir, sebagai pra kondisi bagi terciptanya perundingan gencatan senjata. Namun, pihak Hamas belum sepenuhnya menerima formula yang dibuat Mesir. Meskipun, nampaknya telah didakwa bahwa, wakil Hamas Dr.Bardawel, dapat menyetujui isi formula gencatan senjata. Menteri Pertahanan Ehud Barak telah membeberkan rencana gencatan senjata kepada Olmert dan Tzipi, sebaliknya Olmert dan Tzipi, ingin perang dilanjutkan sampai matlamat perang itu tercapai. Olmert, nampaknya percaya, tujuan perang akan dapat terwujud. Olmert mendapatkan dukungan dari Ketua Shin Bet (Dinas Keamanan Dalam Negeri Israel), Yuval Diskin, dan Kepala Mossad, Meir Dagan. Sedangkan, Ehud Barak, menyatakan bahawa tujuan perang sudah tercapai. Percanggahan pendapat antara ‘Trioka’, menimbulkan ketidakpastian di Israel, hal ini akan terjadi seperti ketika perang di Lebanon. Para pemimpin politik dan militer Israel tidak mencapai kesepakatan dalam mengambil keputusan perang. Nampaknya, ‘Trioka’ (Olmert, Tzipi Livni, Ehud Barat), masih menunggu kepastian tentang nasib Kopral Gilad Shalid dari pejabat intelijen Mesir, sebelum mengambil keputusan. Di sisi lain, Menteri Luar Israel, Tzipi Livni melakukan negosiasi dengan Deputi Mebteri Luar AS, Ahahron Abramowitz, yang bertujuan mencapai kerjasama Israel-AS, menangani penyeludupan senjata dari perbatasan Mesir ke Gaza. Tzipi memaksa kepada Ahahron agar perjanjian antara Israel-AS dapat ditandatangani sebelum Condoleeza Rice meninggalkan Deparlu AS. Ada keinginan kuat yang menjadi tujuan gencatan senjata bagi Israel, yang diakomodasi Mesir dalam formula gencatan senjata itu, pertama Hamas harus melucutkan senjatanya, ini sebagai rencana menciptakan keamanan Israel. Kedua, kerjasama militer antara Israel, Mesir, Amerika, dan Otoritas Palestin (PA), bagi menghentikan penyelundupan senjata, baik lewat darat atau laut. Sehingga, tidak ada lagi ancaman keamanan bagi Zionis-Israel. Ketiga, mengembalikan Otoritas Palestin (PA),yang dipimpin Presiden Mahmud Abbas, mengambil alih pemerintahan di Gaza. Gaza tidak lagi dibawah kontrol Hamas. Para pemimpin Israel memberikan perhatian penuh tentang adanya penyelundupan senjata, yang mereka anggap sebagai ancaman yang sangat serius bagi keamanan Israel. Selama ini, memang belum termasuk menjadi prioritas utama Israel, terkait dengan penyelundupan senjata dari Mesir. Meskpun, selama ini Mesir menutup rapat-rapat perbatasannya. Israel juga sudah melobi para pejabat Keamanan AS, termasuk dengan Menteri Pertahanan AS, yang baru Robert Gate, untuk mendapatkan jaminan keamanan dari AS, khususnya berkaitan dengan penyelundupan senjata dari Mesir ke Gaza. Para pejabat Israel, melalui Menlu Tzipi Livni, meminta komitment Menhan AS, Robert Gate, dan Menlu AS yang baru, Hallary Clilnton, agar kerjasama dibidang perisikan dan militer, bagi mengakhiri penyeludupan senjata, dan dapat digunakan para ‘teroris’, yang mengancam keamanan Israel menjadi sebuah keputusan politik antara Israel-AS. Kemungkinan perang belum segera berakhir. Kemampuan militer Israel dalam perang di Gaza akan diuji. Israel menurut Ehud Barak, tujuan perang yang dilakukan Israel sudah tercapai. Yaitu mereduksi kekuatan militer Hamas, dan menghancurkan seluruh infrastrukturnya. Tapi, sampai hari ini belum ada tanda-tanda bahwa para pejuang Hamas mengibarkan bendera ‘putih’. Sekarang, kekuatan-kekuatan yang terlibat dalam perang di Gaza sedang berhitung, termasuk Israel ingin melakukan ‘exit’ (keluar) dari Gaza, dan menunggu momentum, yang mereka inginkan. Para pemimpin Zionis-Israel sedang berjudi dengan nasib dan masa depan mereka. Adakah mereka akan berhasil keluar dari Gaza, dan tanpa harus kehilangan muka, serta acaman akan eksistensi mereka sebagai sebuah entiti politik di masas depan? Kehancuran di Gaza yang massif, dan korban yang jumlahnya sangat besar, menyebabkan rejim Zionis-Israel telah menjadi musuh seluruh umat manusia. Jika, Israel memenangkan perang di Gaza, tapi sejatinya Israel telah kalah, akibat kejahatan yang mereka ciptakan sendiri. (M/Hartz)

dipetik daripada: satuumat.blogspot.com

Palestin: Israel Musnahkan 3 Rumah Penduduk Palestin di Jerusalem June 25, 2008

Posted by techis in News.
add a comment

Isnin, 23/06/2008 – 3 buah rumah penduduk Palestin di kawasan jajahan Jerusalem di Beit Hanina dan Wadi Kaddoum telah diruntuhkan oleh bulldozer Israel atas alas an tidak mempunyai permit.

Pihak berkuasa penjajah Israel telah memerintahkan pemusnahan rumah Ihab Al Tawil yang terletak di Utara Jerusalem buat kali yang kedua. Rumah seluas 50 meter itu selama ini melindungi keluarga Tawil yang mempunyai 5 anak pada usia 5 bulan hingga 9 tahun.

Pihak berkuasa Israel telah memaksa rumah-rumah tersebut dikosongkan dan memerintahkan mereka agar duduk dalam lingkungan jarak 100 meter sebelum rumah–rumah mereka dimusnahkan dihadapan mata mereka. Tawil yang melaporkan insiden ini menyatakan bahawa dia terkejut dengan kehadiran pihak penjajah Israel yang tidak memberi sebarang notis perpindahan mahupun sebarang makluman.

Selain rumah Tawil, rumah-rumah yang terlibat adalah keluarga Jabari dan Anwar Asila. Jabari dan keluarganya tidak berada dirumah ketika rumah mereka diruntuhkan.

Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : dakwatuna

Palestin: Kepungan Gaza Makin Tenat ? June 21, 2008

Posted by techis in News.
add a comment

Jumaat, 20/06/2008 –Satu laporan yang dikeluarkan oleh pertubuhan Eropah yang berkempen untuk membatalkan kepungan menyatakan bahawa jumlah mangsa kepungan telah meningkat kepada 116 pesakit Palestin termasuk kanak-kanak sejak awal 2008 yang menunjukkan Semenanjung Gaza menyaksikan satu kenaikan kematian pesakit yang ketara.

Menurut laporan itu, jumlah bilangan mangsa sejak kepungan Israel yang dikenakan setahun yang lalu kini telah mencapai 192 orang pesakit.

Kempen itu telah memberi amaran bayang kematian mengancam ramai pesakit yang mengalami penyakit kronik dan serius disebabkan oleh kekurangan ubat-ubatan dan sekatan Israel yang dikenakan ke atas perjalanan rawatan perubatan di luar kepungan Semenanjung Gaza.

Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79

Penyelidik temui 3 bumi besar, dua sistem suria June 17, 2008

Posted by techis in News.
Tags: , ,
add a comment

WASHINGTON: Penyelidik Eropah mengumumkan semalam bahawa mereka menemui tiga ‘bumi besar’ (super-earth) mengelilingi sebuah bintang yang berdekatan. Selain itu, dua lagi sistem suria ditemui mempunyai planet yang kecil.

Penemuan itu diumumkan pada satu persidangan di Perancis membayangkan planet seperti bumi mungkin agak biasa di dalam sistem suria.

“Apakah setiap bintang memiliki sistem planetnya sendiri. Jika ya, beberapa banyak planet ia miliki?” tanya Michel Mayor dari Observatori Geneva di Switzerlad.

“Kita mungkin tidak mempunyai jawapannya sekarang, tetapi kita sedang mencatat kemajuan yang besar untuk menjawabnya,” kata Mayor dalam satu kenyataan.

Tiga bumi besar berkenaan mengelilingi matahari yang lebih kecil daripada matahari dalam sistem suria kita. Sistem suria berkenaan terletak 42 tahun cahaya dari bumi.

Satu tahun cahaya ialah jarak yang dicapai cahaya dalam setahun pada kelajuan 300,000 kilometer sesaat atau kira-kira 9,500 bilion kilometer.

Planet menyerupai bumi itu ialah masing-masing 4.2 kali, 6.7 kali dan 9.4 kali lebih berat daripada bumi.

Planet berkenaan mengelilingi matahari mereka pada kelajuan yang lebih pesat, iaitu satu daripadanya mengelilingi mataharinya dalam empat hari berbanding 365 hari bagi bumi. Dua lagi masing-masing mengelilingi mataharinya dalam 10 hari dan 20 hari.

Mayor dan rakan kerjanya menemui planet berkenaan menggunakan teleskop High Accuracy Radial velocity Planet Searcher atau HARPS, di Observatori La Silla di Chile.

Lebih daripada 270 ‘exoplanet’ sudah ditemui setakat ini dengan kebanyakannya planet besar yang menyerupai Musytari atau Zuhal. Planet yang lebih kecil menyerupai bumi amat jarang ditemui.

“Penemuan planet ini hanyalah satu permulaan.

“Analisis terhadap bintang menggunakan HARPS menunjukkan sepertiga daripada sistem suria mempunyai planet menyerupai bumi atau Neptun,” katanya. � Reuters

Saya dan Najib sudah muafakat mengenai peralihan kuasa: PM June 13, 2008

Posted by techis in News.
add a comment

oleh Ismail Mat


Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersalaman dengan keluarga Johan Siew sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu dalam rangka lawatan beliau di Kelantan.

KOTA BHARU: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata beliau dan Datuk Seri Najib Razak sudah bermuafakat mengenai tempoh persaraannya serta peralihan kuasa antara mereka.

Perdana Menteri berkata, sudah ada persetujuan mengenai proses penyerahan kepemimpinan itu dengan timbalannya dan paling penting mereka berdua sepakat dan tidak menghadapi sebarang masalah.

“Kekuatan yang ada pada Umno dan mandat yang diberikan rakyat pada pilihan raya lalu mesti diperkuatkan dengan perpaduan dan keutuhan kepada parti untuk pulih kembali,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Perhubungan Umno negeri.Beliau dalam rangka lawatan sehari ke Kelantan.

Harga minyak kekal tahun ini June 12, 2008

Posted by techis in News.
add a comment

Harga minyak kekal tahun ini

Oleh Wan Hazmir Bakar


PERDANA Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika sidang media di pejabatnya di Putrajaya, semalam. Turut hadir Menteri Kewangan II, Tan Seri Nor Muhamed Yakcop (kanan). – Gambar oleh Izhari Ariffin

Gaji kakitangan awam akan dibayar dua kali sebulan mulai Ogos: PM

PUTRAJAYA: Kabinet semalam memutuskan harga pasaran petrol dan diesel tidak akan dinaikkan lagi sepanjang tahun ini, manakala gaji kakitangan awam akan dibayar dua kali sebulan iaitu pada pertengahan dan hujung bulan, mulai Ogos.

Keputusan mengekalkan harga pasaran petrol dan diesel walaupun harga petroleum mentah dunia terus meningkat, bertujuan meringankan beban rakyat yang masih menyesuaikan diri dengan peningkatan harga bahan api itu sejak minggu lalu.

Bayaran ansuran gaji kakitangan awam pula bagi membantu pengurusan perbelanjaan dan aliran tunai isi rumah berikutan kenaikan harga minyak. Potongan seperti cukai pendapatan dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dilakukan dalam pembayaran separuh kedua gaji pada hujung bulan.

Dua langkah itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada sidang media khas di pejabatnya di sini, petang semalam.

Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata, mekanisme subsidi 30 sen bagi setiap liter petrol dan diesel seperti diumumkan minggu lalu, tidak dapat diteruskan kerana harga minyak mentah dunia meningkat mendadak kepada AS$139 Ahad lalu dan kini masih pada paras lebih AS$130 setong.

“Dengan kenaikan itu, harga pasaran bagi petrol juga meningkat kepada kira-kira RM3.45 seliter dan sekiranya kerajaan mengamalkan mekanisme subsidi 30 sen seliter, maka ia perlu diubah daripada RM2.70 seliter kepada RM3.15 seliter bulan depan.

“Namun, kerajaan sedar rakyat masih berusaha menyesuaikan diri dengan situasi harga minyak yang tinggi. Justeru, Jemaah Menteri memutuskan agar harga petrol dan diesel tidak akan dinaikkan tahun ini,” katanya.

Ditanya apakah kerajaan akan mengubah keputusan itu jika harga minyak mentah dunia meningkat melebihi paras tertentu kelak, Abdullah menegaskan: “Kita tak tentukan had itu. Kita hanya buat keputusan ini untuk tahun ini.”

Perdana Menteri bagaimanapun berkata harga pasaran petrol dan diesel akan diturunkan jika harga minyak mentah dunia turun.

“Kalau harga minyak (mentah dunia) turun, maka kita boleh guna kaedah diskaun 30 sen,” katanya.

Ditanya apakah keputusan itu akan memberi kesan kepada pendapatan serta bebanan kewangan kerajaan, Abdullah berkata, kerajaan berharap akan mendapat pendapatan tambahan, termasuk daripada Petronas.

“Kalau keputusan kita dah buat begitu, maka itulah yang kita akan kekalkan. Ini tentulah memberi kesan kepada kerajaan juga dan kerajaan perlu menanggung perbelanjaan tambahan melainkan ada sebab lain yang perlu kita timbang semula,” katanya.

Ditanya apakah kerajaan menggalakkan majikan swasta mengikut pendekatan bayaran gaji dalam dua ansuran sebulan, Abdullah berkata:

“Saya percaya pendekatan ini satu pendekatan yang baik, maknanya ia membantu pekerja kita untuk menguruskan aliran tunai, ini amat penting.”

Tambang bas sekolah di Kelantan naik June 11, 2008

Posted by techis in News.
Tags: , ,
add a comment

Selepas kita dikejutkan dengan harga minyak yang naik lebih awal dari yang dijangka, sekarang kesannya semakin dirasai oleh golongan ibu bapa. Harga tambang bas sekolah pula dinaikkan disebabkab untuk menampung kos kenaikan harga minyak. Bagi pemilik sekolah, ini adalah wajar kepada mereka  kerana mereka juga turut merasai beban kenaikkan harga minyak ini. Jadi, beban ini telah dipindahkan kepada golongan ibu bapa. Ibu bapa akan pening kepala lagi. Sudahla belanja kos yang lain meningkat dan akan terus meningkat. Jadi, kenyataan sesetengah pihak yang kenaikan harga tidak membebankan adalah retorik semata-mata untuk mengelabui mata sesetengah pihak….

Tambang bas sekolah di Kelantan naik

KOTA BAHARU: Pengusaha bas sekolah di Kelantan memutuskan untuk menaikkan kadar tambang perkhidmatan sehingga RM5 bagi menampung kenaikan harga minyak.

Setiausaha Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Kelantan, Mohd Noor Ismail, berkata kenaikan tambang itu juga terpaksa dilakukan ekoran kenaikan harga alat ganti kenderaan.

“Kebanyakan pengusaha bas sekolah di bandar termasuk saya sendiri menaikkan tambang sebanyak RM5 mulai bulan ini,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, kenaikan itu bukan dibuat sesuka hati, sebaliknya ia tetap mematuhi peraturan dan kadar yang ditetapkan oleh Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) sebelum ini.

Katanya, LPKP sebelum ini menetapkan bahawa pengusaha bas sekolah di kawasan bandar tidak boleh mengenakan tambang melebihi RM36.60, manakala di luar bandar tidak lebih daripada RM31.50,” katanya.

Mohd Noor berkata, terdapat kira-kira 300 bas sekolah di Kelantan ketika ini, membabitkan 150 pengusaha. – Bernama

Amaran bergambar kotak rokok 1 Januari June 7, 2008

Posted by techis in News.
add a comment

Amaran bergambar kotak rokok 1 Januari

Oleh Magendran Rajagopal

KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa 1 Januari tahun depan, semua jualan rokok di pasaran tempatan wajib mempunyai amaran bergambar mengenai bahaya merokok melitupi 40 peratus bahagian depan dan 60 peratus bahagian belakang, yang dicetak pada setiap kotak.

Pada masa sama, Kementerian Kesihatan turut mengharamkan gimik iklan pada kotak rokok yang menggunakan ungkapan seperti ‘lite’, ‘ultra lite’, ‘mild’, ‘low tar’ dan seumpamanya supaya tidak mengelirukan atau memberi gambaran salah kepada pembeli.

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, berkata keputusan itu selaras dengan komitmen negara selaku anggota Rangka Kerja Konvensyen Kawalan Tembakau (FCTC) dan pindaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) pada 2004 sebagai mengiktiraf konvensyen antarabangsa itu.

“Pendekatan bermatlamat mempengaruhi golongan muda supaya jangan memulakan tabiat merokok akan menggunakan enam gambar memaparkan kesan merokok terhadap kesihatan, yang akan digunakan bersilih ganti untuk tempoh dua tahun sebelum ditukar.

“Promosi jualan rokok, potongan harga dan pemberian hadiah seperti pemetik api atau atau sebagainya bersama belian rokok di larang mulai tahun depan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2008, di sini semalam.

Serentak dengan majlis perasmian itu, Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) menganjurkan Larian Berganti-Ganti Untuk Kehidupan bagi meningkatkan kesedaran umum mengenai bahaya merokok dan mengumpul dana bagi membantu mangsa kanser.

Kata Liow, PPKHT termaktub mengikut Akta Makanan 1983 dan mendapat kelulusan Jemaah Menteri, Januari tahun ini. Tempoh enam bulan diberi kepada pembekal rokok menghabiskan stok lama mereka.

Semua syarikat pengeluar rokok di negara ini sudah dimaklumkan mengenai keputusan baru itu dan pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Kastam serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bagi mengawal selia pematuhan peraturan itu.

Liow juga mengumumkan semua pusat Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kini ditakrif sebagai zon larangan merokok, seperti di 13 kawasan lain setakat ini.

ulasan:

agak2 ye kenapa rokok still dijual lagi ye kalo da taw bahaya??hehehe..pk2 kanla…