jump to navigation

Palestin- Isu Bermusim??? March 8, 2009

Posted by techis in Techis' thought.
trackback

http://tiadasempadan.co.cc

Selepas beberapa ketika, apabila Israel mula mengurangkan serangannya ke atas Gaza baru-baru ini kita akan dapat mula menyaksikan bagaimana sikap kebanyakkan rakyat Malaysia. Jikalau anda dapat lihat di dada-dada akhbar, anda sendiri akan dapat perasan bahawa isu Palestin akan mula kurang dibincangkan. Media akan mula beralih arah kepada isu-isu lain seperti isu Obama, isu gelagat artis luar negara dan lain-lain.

Situasi seperti ini bukanlah sekali terjadi, namun selalu sangat terjadi. Kita dari kecil selalu dididik dengan situasi bermusim. Contohnya, seperti sambutan Maulidur Rasul, kita akan mula menyaksikan ceramah-ceramah agama akan mula ditayangkan di televisyen. Kita akan didedahkan dengan sirah-sirah nabi, gaya hidup Islamik, nasyid-nasyid yang dikumandangkan di kaca-kaca televisyen. Malah pembaca berita wanita pun akan mula mengenakan pakaian yang sopan. Tetapi, apabila tamat sahaja sambutan Maulidur Rasul, semuanya seolah-olah kita akan lupakan seperti tiada apa yang terjadi.

Berbalik kepada isu Palestin tadi, jika dahulu semasa kempen masih hangat, Mcd pun merasa bahang boikotnya. Tetapi, apabila isu ini mula reda( sebenarnya isu Palestin masih belum selesai), kita akan dapat menyaksikan sebahagian umat Islam akan mula membanjiri premis-premis yang diboikot, khasnya Mcd dan Starbuck. Situasi ini menyebabkan saya berasa sedikit kecewa dan mencetuskan perasaan untuk menulis kepada anda semua. Saya berasa malu apabila melihat umat Islam, saudara kita sendiri makan dengan bangganya di premis-premis ini tanpa rasa kesedaran sedikit pun( ataupun mereka sedar cuma tidak prihatin). Sedangkan ulama sendiri telah menyatakan bahawa setiap sen yang kita keluarkan dengan membeli barangan yang menyokong tindakan ganas Israel adalah difatwakan haram oleh ulama. Mengapakah masih terdapat golongan seperti ini yang masih tidak menyedari hakikat ini??

Adakah perut mereka lagi penting berbanding nyawa ribuan saudara kita di Palestin yang akan melayang apabila mereka menyokong produk Israel ini???

Inilah yang dikatakan kempen bermusim. Saya tidak salahkan semua pihak, cuma yang bersalah adalah sikap kita sendiri. Tujuan kempen diadakan adalah untuk memberikan kita kesedaran, dengan harapan kita akan terus istiqamah meneruskan kempen kita walaupun tempoh berkempen telah tamat. Jikalau orang yahudi bersungguh-sungguh memajukan bangsa mereka walaupun mereka sedikit, mengapa kita tidak boleh memajukan umat kita juga sedangkan bilangan kita ramai???

Umat Islam bernasib baik kerana mempunyai tuhan yang Maha Esa, kita mempunyai kitab suci yang sesuai untuk sepanjang zaman. Di dalamnya terkandung segala benda, sejarah, nasihat, undang-undang, sains, dan juga penceritaan masa depan. Allah juga telah menceritakan bahawa bangsa yahudi ini adalah merupakan bangsa yang pengecut. Mereka sangat takut apabila kita bersatu. Sikap yahudi ini telah dibuktikan melalui sejarah-sejarah mereka sebelum ini.Allah telah berfirman di dalam surah Al Hasyr ayat 14:


(Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami
.

Adakah firman Allah ini tidak benar??? Rugilah orang yang tidak mengetahui. Segala yang difirmankan oleh Allah ini sangat-sangat benar. Lihatlah sekarang ini,segala kawasan mereka( asalnya tanah milik kita yang dirampas) akan dibina tembok batu yang panjang supaya pejuang palestin tidak melawan mereka secara berdepan. Mereka takutkan dengan bayang-bayang sendiri. Mereka hanya berani membunuh kanak-kanak kecil di depan mereka. Bila mereka diserang hendap, mereka akan bertempiaran lari. Mereka bukanlah kuat, mereka seolah-olah tidak dapat dikalahkan. Hakikatnya, mereka adalah bangsa yang paling mudah ditewaskan jika kita semua bersatu.

Mengapa kita tidak bersatu??? Cuba anda bayangkan, kalau isu boikot yang paling mudah kita lakukan pun kita tidak boleh lakukan. Bagaimana kita boleh barsatu untuk perkara-perkara yang lebih besar. Rasulullah telah mewariskan kita bermacam-macam hadis untuk kita kaji. Di dalamnya terdapat bermacam-macam petunjuk yang hanya orang Islam dapat memahaminya. Kepada sesiapa yang mempunyai kelebihan untuk menkaji hadis, anda digalakkan menkaji hadis2 Rasulullah dan menyebarkan segala rahsia yang belum terungkai kepada kita semua supaya kita dapat menjadi umat yang maju seperti zaman kegemilangan Islam dahulu.

Sekarang bukan masa untuk kita menunggu, tetapi sekarang masa untuk kita bergerak. Isu Palestin bukanla isu bermusim, apabila tiba musim kita akan mula menderma dan melakukan qunut nazilah. Tetapi, isu palestin adalah lebih daripada itu. Isu ini adalah isu aqidah, umat Islam diwajibkan menghulurkan segala jenis pertolongan yang termampu untuk mengusir Zionis dari tanah umat Islam yang dirampas. Kepada bakal engineer, semoga anda menguasai teknologi dengan jayanya untuk kebangkitan Islam. Kepada bakal pemimpin, jadilah pemimpin yang tegas dan hanya takutkan Allah. Kepada bakal ibu bapa, didiklah anak anda nanti dengan semangat jihad dari kecil. Ayuh kita semua wujudkan generasi yang memegang Islam sebagai cara hidup kita!

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: