jump to navigation

Apa guna ilmu dan teknologi jika tidak digunakan? February 7, 2009

Posted by techis in 1.
trackback

PDF Print E-mail
Monday, 02 February 2009 21:36
PEKAN 24 Jan. – Kemunduran umat Islam pada masa ini berpunca daripada kegagalan mereka dalam menguasai ilmu dan teknologi, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tegas beliau, umat Islam akan digeruni jika mampu menguasai ilmu dan teknologi kerana status seseorang itu berkait rapat dengan tahap penguasaan pendidikan yang dimiliki.

‘‘Untuk menyelesaikan masalah kebuntuan ummah ini, senjata yang paling berkesan adalah penguasaan ilmu dan pendidikan tinggi,” katanya di sini hari ini.

Najib berkata, kegagalan pemerintah di sesetengah negara Islam dalam membangunkan sistem pendidikan menyebabkan tidak berlaku perubahan besar terhadap rakyat mereka.

‘‘Kerana gagal menguasai ilmu dan pendidikan, 1.4 bilion umat Islam di seluruh dunia tewas kepada hanya 14 juta orang Yahudi,” katanya.

Berbeza dengan Malaysia, jelas beliau, kerajaan berjaya mewujudkan sistem pendidikan yang membolehkan semua golongan memperbaiki taraf hidup masing-masing.

Sumber: Utusan Malaysia

Ulasan:

Apakah terdapat kaitan antara ‘kegagalan’ umat Islam menangani isu Gaza dengan ‘kurangnya ilmu’ yang dikatakan menjadi penyebab kepada kegagalan tersebut? Di akhir kenyataan, Najib mengatakan bahawa Malaysia telah ‘berjaya’ mewujudkan sistem pendidikan yang efektif. Jadi, jika Malaysia sudah berjaya (sudah banyak ilmu), kenapa pula Malaysia gagal menyelamatkan Gaza? Aneh sungguh kenyataan ini!!!

Inilah satu kenyataan yang menunjukkan  kejahilan dan kecelaruan di dalam berfikir. Kekalahan umat Islam ke atas Yahudi bukanlah kerana kekurangan penguasaan ilmu dan teknologi, tetapi kerana ilmu dan teknologi yang sedia ada, tidak digunakan untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin (atau di mana-mana), sebaliknya ilmu dan teknologi yang ada, digunakan untuk membantu Yahudi membunuh umat Islam.

Dewasa ini sudah banyak negeri-negeri umat Islam yang menguasai ilmu dan teknologi yang tinggi seperti Pakistan yang berjaya memiliki senjata nuklear, Iran juga mempunyai kepakaran dan kelengkapan untuk membangun senjata nuklear. Arab Saudi, Iraq, Mesir dan lain-lain mempunyai teknologi dan sumber minyak yang begitu banyak. Namun sayangnya, mereka menggunakan kesemua kepakaran dan teknologi yang ada untuk mempertahankan pemerintah yang sekular, bukannya untuk mempertahankan umat Islam yang dibunuh Yahudi.

Justeru, merupakan satu pernyataan yang ternyata tidak berpijak di bumi nyata, jika dikatakan umat Islam tewas kepada Yahudi kerana kita tidak menguasai ilmu dan teknologi. Selama lebih kurang sebulan umat Islam di Gaza dibom dan dibedil Israel, di manakah Malaysia yang kononnya telah mencapai tahap penguasaan ilmu dan teknologi yang tinggi melalui sistem pendidikannya? Di manakah Malaysia di dalam membantu mengalahkan Yahudi dan membebaskan bumi Palestin?

Yang pasti, Malaysia tetap dengan sempadannya, sebagaimana Mesir dan Jordan yang tetap menutup sempadannya, dari menghantar tentera membantu kaum Muslimin di Gaza. Puak Yahudi laknatullah ini sedikit pun tidak ‘kecut perut’ dengan penguasaan ilmu dan teknologi yang dimiliki Malaysia, sebaliknya hanya menjadikan kaum Yahudi ini ‘pecah perut’ kerana ketawakan kejahilan dan pengkhianatan yang ditunjukkan oleh pemimpin Muslim.

Apa guna ada ilmu dan teknologi yang tinggi jika hanya untuk disimpan? Apa guna tentera dan senjata-senjata yang ada jika tetap tersimpan, malah hanya digunakan untuk tujuan perhiasan dan pertunjukan? Setelah disimpan rapi segala teknologi persenjataan yang ada, kemudian kita mengatakan, jika kita menguasai ilmu dan teknologi, maka kita boleh mengalahkan Yahudi???

Jika beginilah cara berfikir seorang pemimpin, maka tidak hairanlah kenapa umat Islam di Palestin dan di seluruh dunia terus-terusan dibantai dan dibunuh habis-habisan oleh golongan kuffar.

Islam telah mengajar kita bahawa, untuk kita digeruni oleh musuh-musuh Allah dan musuh-musuh kita, maka pemerintah wajib menyediakan kekuatan ketenteraan semampu-mampunya untuk berjihad (bukan untuk disimpan) bagi mengalahkan musuh. Firman Allah SWT,

Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka (musuh) kekuatan apa saja yang kamu mampu dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya…” (TMQ al-Anfal (8):60].

Rasulullah SAW telah menunjukkan kepada kita bahawa dengan jumlah tentera dan persiapan yang jauh lebih kecil dari pihak musuh, tetapi kita tetap dapat mengalahkan musuh. Perang Badar yang menyaksikan hanya lebih kurang 300 tentera Muslim berjaya mengalahkan 1000 tentera musuh, walaupun dengan kelengkapan pihak musuh jauh lebih hebat.

Pokoknya, tentera mesti digerakkan (bukan disimpan), barulah musuh dapat dikalahkan. Soal penguasaan teknologi bukannya faktor kemenangan. Kita diperintah oleh Allah menyediakan kekuatan semampu kita dan kemudian berjihad.

Bukan sahaja Badar, malah Rasulullah SAW juga menunjukkan kepada kita bahawa di dalam banyak peperangan lainnya, walaupun bilangan dan teknologi persenjataan kaum Muslimin jauh lebih rendah dari pihak musuh, namun umat Islam ternyata tetap memperoleh kemenangan.  Dalam keadaan umat Islam di Madinah cuba diserang dari pelbagai penjuru oleh tentera Yahudi dan musyrikin, Rasulullah dan para sahabat tetap berperang dengan segala kelengkapan yang ada. Dalam keadaan umat Islam berperang atau diperangi, Rasulullah tidak pernah bermesyuarat untuk mengeluarkan resolusi untuk ‘mengutuk’ serangan yang dilakukan pasukan kuffar, sebagaimana yang dilakukan oleh pemimpin Muslim sekarang.

Rasulullah SAW sebaliknya bertindak menghantar ketumbukan tentera menentang Yahudi Bani Qainuqa’ hanya kerana mereka membunuh seorang Muslim dan melakukan penghinaan ke atas seorang Muslimah. Sebaliknya pemimpin hari ini hanya membiarkan Yahudi membunuh ribuan umat Islam dengan rakusnya, tanpa menghantar seorang askar pun!!!

Sesungguhnya tidak ada cara lain bagi mengalahkan Yahudi dan mengambil balik bumi umat Islam yang dirampas, kecuali dengan jihad dan Khilafah. Pemerintah kini langsung tidak boleh diharap, justeru, harapan kaum Muslimin hanya satu sahaja iaitu dengan berusaha menegakkan Khilafah yang akan memimpin dan menghantar tentera-tentera ke mana sahaja bumi umat Islam yang dirampas kuffar. Dengan Khilafah ini jualah kemunduran umat Islam akan dapat di atasi dan Yahudi akan dikalahkan sepenuhnya.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: