jump to navigation

Bagai cendawan tumbuh selepas hujan. January 25, 2009

Posted by techis in Techis' thought.
trackback

Semasa melayari internet untuk melihat perkembangan terkini isu2 umat Islam, saya terjumpa banyak blog2 yang baru dilancarkan oleh blogger2 yang pada firasat saya merupakan golongan muda yang ingin berjuang menegakkan Islam yang sebenar.

Bagi saya, ini merupakan perkembangan yang bagus kerana setiap hari semakin ramai individu atau remaja Islam yang mula sedar akan tanggungjawab mereka. Harap golongan ini terus istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab yang sukar dipikul ini. Pada masa yang sama, saya juga turut menyeru diri saya sendiri yang serba kekurangan ini untuk meperbaiki diri saya ke arah yang lebih baik. Walaupun ilmu kita belum penuh di dada dan serba kekurangan, namun tanggungjawab kita sebagai muslim adalah menyampaikan ilmu tersebut walaupun dengan hanya satu ayat setakat kemampuan kita. Kerana itu merupakan amal kita untuk dijadikan bekalan di akhirat kelak.

Dalam perkembangan budaya hedonisme zaman sekarang, amat sukar untuk seseorang mempraktikkan Islam sepenuhnya seperti sahabat2 nabi dan generasi2 sebelum ini. Namun, kita tidak boleh berhenti berusaha untuk menjadi lebih baik. Apa yang saya lihat sekarang, fenomena kebangkitan Islam mulai menonjol. Dimana jika dahulu jarang sekali kita mendengar seseorang membicarakan kesatuan Islam. Namun, selepas beberapa peristiwa, terutamanya isu Palestin, umat Islam mulai bercakap tentang kesatuan Islam. Mereka tidak lagi mengharapkan para pemimpin mereka untuk menyelesaikan isu ini kerana para pemimpin mereka hanya tahu berlembut dengan golongan kuffar yang terlaknat ini.

Umat islam kini mulai berbicara mengenai langkah2 yang sepatutnya diambil untuk mengatasi masalah ini. Antara yang selalu saya dengar ialah mengenai menyatukan kembali wilayah2 umat Islam menjadi satu supaya perasaan kebangsaan di kalangan umat Islam akan terhapus. Seperti yang kita lihat semasa Palestin diserang, negara2 Islam yang bersebelahan dengan Palestin tidak mahu mengerahkan tentera mereka untuk berjihad kerana mereka merasakan seolah2 ini merupakan isu untuk orang Palestin sahaja disebabkan oleh sempadan geografi yang sengaja diwujudkan oleh pihak barat dalam rancangan melemahkan Islam. Mereka langsung tidak terasa terancam walaupun negara seakidah mereka diserang oleh kuffar.

Disamping itu, umat Islam sekarang mula menyeru kepada perlantikan seorang pemimpin yang memegang sepenuhnya hukum Allah dan hanya takutkan kepada Allah semata-mata, yang mereka gelarkan sebagai khalifah. Situasi ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, namun di seluruh dunia. Tiap2 hari mereka tidak berhenti berjuang dalam menyeru kepada pemimpin yang takutkan Allah. Namun, apa yang agak mengecewakan saya ialah mengenai perjalanan politik di Malaysia sekarang ini. Pemimpin2 parti politik masing2 sibuk menghentam sesama saudara Islam mereka niat untuk menjatuhkan mereka. Sedangkan pada masa yang sama, parti politik bukan Islam duduk ketawa melihat gelagat pemimpin Islam yang berbalah. Mereka lupa bahawa mereka mempunyai akidah yang sama. Mereka lupa bahawa tujuan mereka memegang tampuk kepimpinan adalah untuk menjalankan amanah Allah di muka bumi ini. Satu parti yang amat sinonim dengan isu menegakkan hukum Islam suatu ketika dahulu apabila mendapat tentangan dari orang kafir, mereka terus jadi lembut dan tidak bertegas dalam pendirian mereka. Manakala satu lagi parti politik yang memperjuangkan bangsa melayu tidak habis2 dengan isu bangsa mereka dengan alasan untuk kemajuan bangsa melayu dan menolak sebulat-bulatnya agama ke tepi. Lupakah mereka bahawa bangsa melayu juga pernah mencapai zaman kegemilangan apabila Islam dijadikan sebagai satu cara hidup semasa kegemilangan Melaka dahulu? Lupakah mereka bahawa bahasa melayu pernah menjadi bahasa perantaraan dunia suatu ketika dahulu ketika Islam menyinar di bumi kita?? Apakah alasan mereka dengan mengatakan bahawa Islam menyebabkan sebahagian masyarakat berfikiran jumud dan mereka menolak tepi hukum2 Allah.

Marilah kita sama2 bersatu.. Oh ya! di sini saya ingin berikan satu blog yang agak bagus juga saya rasa untuk menambahkan ilmu kita. Klik di sini untuk ke blog tersebut. Semoga sedikit usaha saya ini dirahmati Allah.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: