jump to navigation

Mahathir: jangan beli senjata dari US January 18, 2009

Posted by techis in articels.
trackback

KUALA LUMPUR 18 Jan. — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa kerajaan berhenti membeli senjata dari Amerika Syarikat (AS), penyokong dan pelindung Israel.

Bekas perdana menteri itu berkata, rakyat perlu mendesak kerajaan berbuat demikian manakala badan bukan kerajaan (NGO) juga patut memainkan peranan mereka dengan meminta rakan mereka di negara lain turut berbuat demikian.

Beliau berkata keputusan itu, yang beliau sifatkan sebagai “soal kecil kepada AS”, tidak akan menjejaskan kuasa dunia itu dengan cepat tetapi untuk jangka panjang ia akan merasakan kesannya.

“Saya fikir pembelian yang besar secara terus dari AS ialah daripada pihak kerajaan sendiri. Kerajaan sekarang ini saya fikir mempunyai rancangan membeli pesawat yang baru.

“Kalau mereka beli dari AS secara langsung, mereka bekalkan wang kepada Amerika untuk mengeluarkan senjata untuk dibekalkan kepada Israel supaya bunuh orang Palestin. Sebab itu secara langsung kita tidak boleh beli apa yang kita tahu akan menguntungkan Amerika,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Selamatkan Rakyat Palestin anjuran Gabungan NGO Malaysia di sini. – Bernama

Bagi aku, cadangan Tun nie ade benarnya juga. Lagipun sampai bila kita nak bergantung bekalan senjata daripada US, negara kuasa besar yang angkuh dan sombong. Kita juga perlu ada teknologi sendiri, dapat hasilkan senjata sendiri. Barula negara umat Islam akan maju, digeruni oleh golongan yang menentang Islam.

Kalo dulu, masa Malaysia belum mempunyai kereta buatan Malaysia, kita banyak mengimport kereta-kereta dari luar..bagi sesetengah orang masa tue, mustahil Malaysia dapat hasilkan kereta sendiri. Namun, sedikit demi sedikit, kita cuba menguasai teknologi dan akhirnya kita dapat lihat kesannya sekarang, rakyat Malaysia memandu kereta nasional. Begitu juga dengan teknologi pembuatan  senjata, kita perlu mulakan secara sedikit demi sedikit. Kurangkan kebergantungan bekalan senjata dari negara luar. Bagi engineer-engineer Islam, kuasai teknologi dan aplikasikan dalam bidang teknologi pembuatan senjata. Kita tidak mahu supaya satu hari nanti, negara kita akan jadi seperti Palestin bila diserang. Biarla kita menjadi hebat, dapat juga kita tolong saudara kita di Palestin sana..Ini, mesyuarat sana, mesyuarat sini…Gesa PBB sekeras-kerasnya…Ending nya, keluarla satu resolusi mengecam serangan Israel. Pastu diam…Adakah Israel takut dengan resolusi yang kita keluarkan?? Tidak sekali-kali. Kenapa kita jadi cm2?? Sebab kita lemah… Bukan setakat lemah iman, lemah dalam menuntut ilmu dan macam-macam lagi…

Kesimpulannya, muhasabahla balik diri kita.. Kepada sesiapa yang menjadi pemimpin sekarang, laksanakanlah hukum Islam yang hakiki. Pada masa tue, kita akan melihat kebangkitan Islam bila kita mempunyai seorang pemimpin yang berpegang kepada agama. Kepada pelajar, tuntutlah ilmu dan kuasai bidang anda. Suatu hari nanti anda akan memimpin dunia ini. Kepada orang tua, didikla anak anda dengan ilmu agama yang cukup…InsyaAllah, masa tu kita akan dapat lihat pertolongan Allah mencurah-curah datang kepada kita.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: