jump to navigation

Harga minyak kekal tahun ini June 12, 2008

Posted by techis in News.
trackback

Harga minyak kekal tahun ini

Oleh Wan Hazmir Bakar


PERDANA Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika sidang media di pejabatnya di Putrajaya, semalam. Turut hadir Menteri Kewangan II, Tan Seri Nor Muhamed Yakcop (kanan). – Gambar oleh Izhari Ariffin

Gaji kakitangan awam akan dibayar dua kali sebulan mulai Ogos: PM

PUTRAJAYA: Kabinet semalam memutuskan harga pasaran petrol dan diesel tidak akan dinaikkan lagi sepanjang tahun ini, manakala gaji kakitangan awam akan dibayar dua kali sebulan iaitu pada pertengahan dan hujung bulan, mulai Ogos.

Keputusan mengekalkan harga pasaran petrol dan diesel walaupun harga petroleum mentah dunia terus meningkat, bertujuan meringankan beban rakyat yang masih menyesuaikan diri dengan peningkatan harga bahan api itu sejak minggu lalu.

Bayaran ansuran gaji kakitangan awam pula bagi membantu pengurusan perbelanjaan dan aliran tunai isi rumah berikutan kenaikan harga minyak. Potongan seperti cukai pendapatan dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dilakukan dalam pembayaran separuh kedua gaji pada hujung bulan.

Dua langkah itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada sidang media khas di pejabatnya di sini, petang semalam.

Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata, mekanisme subsidi 30 sen bagi setiap liter petrol dan diesel seperti diumumkan minggu lalu, tidak dapat diteruskan kerana harga minyak mentah dunia meningkat mendadak kepada AS$139 Ahad lalu dan kini masih pada paras lebih AS$130 setong.

“Dengan kenaikan itu, harga pasaran bagi petrol juga meningkat kepada kira-kira RM3.45 seliter dan sekiranya kerajaan mengamalkan mekanisme subsidi 30 sen seliter, maka ia perlu diubah daripada RM2.70 seliter kepada RM3.15 seliter bulan depan.

“Namun, kerajaan sedar rakyat masih berusaha menyesuaikan diri dengan situasi harga minyak yang tinggi. Justeru, Jemaah Menteri memutuskan agar harga petrol dan diesel tidak akan dinaikkan tahun ini,” katanya.

Ditanya apakah kerajaan akan mengubah keputusan itu jika harga minyak mentah dunia meningkat melebihi paras tertentu kelak, Abdullah menegaskan: “Kita tak tentukan had itu. Kita hanya buat keputusan ini untuk tahun ini.”

Perdana Menteri bagaimanapun berkata harga pasaran petrol dan diesel akan diturunkan jika harga minyak mentah dunia turun.

“Kalau harga minyak (mentah dunia) turun, maka kita boleh guna kaedah diskaun 30 sen,” katanya.

Ditanya apakah keputusan itu akan memberi kesan kepada pendapatan serta bebanan kewangan kerajaan, Abdullah berkata, kerajaan berharap akan mendapat pendapatan tambahan, termasuk daripada Petronas.

“Kalau keputusan kita dah buat begitu, maka itulah yang kita akan kekalkan. Ini tentulah memberi kesan kepada kerajaan juga dan kerajaan perlu menanggung perbelanjaan tambahan melainkan ada sebab lain yang perlu kita timbang semula,” katanya.

Ditanya apakah kerajaan menggalakkan majikan swasta mengikut pendekatan bayaran gaji dalam dua ansuran sebulan, Abdullah berkata:

“Saya percaya pendekatan ini satu pendekatan yang baik, maknanya ia membantu pekerja kita untuk menguruskan aliran tunai, ini amat penting.”

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: