jump to navigation

Tinggalan garam bukti wujud hidupan di Marikh June 9, 2008

Posted by techis in articels.
trackback

Sini ada artikel yang aku petik…Satu tajuk yang agak menarik kiranya untuk dibaca. Rasa2nya ade tak hidupan di marikh?

Jom kita baca artikel nie…

Tinggalan garam bukti wujud hidupan di Marikh

Susunan Nurul Hazren Masitom


LAKARAN artis mengenai konsep kawasan pendaratan kapal angkasa dikenali ‘Phoenix Mars Lander’ di Marikh.

Penemuan tingkatkan harapan terhadap pencarian makhluk asing atau tanda-tanda kewujudan biologi pada masa lalu di planet merah

JIKA makhluk Marikh wujud beberapa bilion tahun lalu, saintis berpendapat sebarang tumbuhan seperti mikrob mungkin meninggalkan beberapa helaian gentian bulu. (stringy fuzz of fibers).

Ini kerana di bumi, penyelidik kini mengatakan mereka menemui beberapa helaian bulu purba, dipanggil selulosa, terpelihara dalam seketul garam yang dikeluarkan lebih 250 juta tahun dulu – menjadikan ia sebatian biologi tertua yang pernah ditemui.

Pengumuman itu kira-kira seminggu selepas sekumpulan saintis yang mengkaji planet mendedahkan penemuan mendapan garam sejat di permukaan Marikh selain meningkatkan harapan lain terhadap pencarian makhluk asing atau tanda-tanda kewujudan biologi pada masa lalu.

“Malah, gentian selulosa mikroskopik mungkin satu daripada tanda terbaik apa juga kehidupan lampau di planet merah itu,” kata Jack Griffifth, seorang pakar mikrobiologi di Universiti North Carolina di Chapel Hill.

“Gentian ini adalah bukti hidupan purba, sisa tinggalan hidupan yang julung kali dikaji secara terus. Ia adalah satu kebetulan, ketika kami baru saja menemui tinggalan garam di permukaan Marikh.” kata Griffifth kepada SPACE.com.

TANGAN robotik peninjau eksplorasi Marikh, Spirit.

Phil Christensen, seorang pakar geologi planet di Arizona State University yang mengenal pasti tinggalan garam Marikh dan tidak terbabit dalam kerja Griffifth, berkata penemuan bulu halus itu membangkitkan rasa ingin tahunya.

“Jika bukti organik mengenai kehadiran makhluk hilang di tapaknya, agak sukar untuk memastikan apa saja yang berada di sana.

“Saya fikir menemui selulosa dalam tinggalan garam di bumi menjadikan ia kes lebih kuat untuk mencari makhluk dalam tinggalan garam di Marikh,” kata Christensen.

Griffifth dan rakannya memperincikan penemuan selulosa bergaram dalam jurnal Astrobiologi keluaran bulan ini.

TINGGALAN mineral klorida yang diambil kamera kelihatan cerah seperti piring garam.

Sehingga penemuan kumpulan itu, protein yang dijumpai daripada fosil dinasour Tyrannosaurus rex berusia 68 juta tahun memiliki bahan biologi paling tua yang diketahui pada masa ini. Serat selulosa berusia 253 juta tahun yang ditemui Griffifth dan kumpulannya adalah jalinan molekul sama penting yang memberikannya kekerasan pada kayu.

“Selulosa umpama rumah bakteria, dikelilingi biofilem. Tumbuhan mengambil selulosa sebagai bahan strukturnya,” katanya.

Beliau menerangkan bahawa sampel yang dijumpai hidup bukan saja kerana kekuatannya yang luar biasa, tetapi juga disebabkan keadaan persekitaran bergaram: ia membunuh bakteria, mencegah selulosa itu daripada dimakan sebagai makanan.

“Serat selulosa hanyalah jaringan molekul gula glukos yang terikat bersama daripada hujung ke hujung. Anda tidak boleh melarutkan glukos, tetapi sebagai selulosa ia menghalang beberapa bahan kimia bergabung dan keadaan sukar di luar sana,” katanya

Beliau berpendapat serat mikro itu kemungkinan berasal daripada sel alga seperti tumbuhan hidup di tasik yang bersamaan dengan Great Salt Lake di Utah.

“Alga itu mungkin memendapkan bahan itu ketika tasik menyejat,” katanya sambil menambah ia tertanam sehingga saintis menggalinya keluar daripada Salado Formation – mendapan garam purba di New Mexico dan tempat simpanan sisa nuklear – menjalankan analisis di bawah mikroskop elektron.

“Agak ngeri berada di dalam. Anda dapat rasakan betapa kunonya tempat itu,” katanya.

Jika pada masa akan datang terdapat peninjau robotik di Marikh untuk mencari tanda-tanda kehidupan pada masa lampau, Griffith berkata, mencari selulosa dalam tinggalan garam yang terletak di selatan khatulistiwa planet itu adalah tempat terbaik untuk memulakan misi pencarian berkenaan.

“Selulosa adalah satu daripada organisma polimer terawal yang terbentuk ketika evolusi mereka, jadi ia keluar seperti kebanyakan benda yang anda boleh temui di planet Marikh, jika anda menemui apa saja di sana.

“Mencarinya dalam tinggalan garam mungkin satu permulaan baik,” katanya.

Christensen berkata, tinggalan garam kemungkinan terbentuk selepas kebanjiran air masin di permukaan planet itu – persekitaran disinari cahaya matahari untuk organisma menjalankan fotosintesis yang mungkin membentuk selulosa.

“Matahari adalah sumber tenaga terbaik yang tidak mungkin diketepikan dalam evolusi sebagai mikrob. Jika kita benar-benar menemui tanda kehidupan di Marikh, saya tidak terperanjat langsung jika ia seperti tumbuhan,” katanya.

Malcolm Brown Jr pakar biologi molekul di University of Texas, Austin, yang mengkaji selulosa sejak berdekad lamanya, mengesahkan molekul seperti itu boleh hidup dalam tempoh lama di dalam timbunan garam.

“Saya tidak pernah ragu-ragu yang ia tidak mustahil, walaupun selepas tiga bilion tahun selagi haba atau tekanan melampau tidak memusnahkan bukti itu,” katanya.

Info
Marikh

  • NASA mengeluarkan imej yang diambil menggunakan kamera Pengimejan Revolusi Tinggi Eksperimen Sains (HiRISE) pada 20 Mac lalu menggambarkan keadaan semula jadi Marikh.
  • Tinggalan mineral klorida mungkin terbentuk 3.5 bilion tahun lalu kemungkinan daripada air bawah tanah yang mencecah permukaan dan menyejat, meninggalkan tinggalan mineral.
  • Comments»

    No comments yet — be the first.

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: