jump to navigation

Amaran bergambar kotak rokok 1 Januari June 7, 2008

Posted by techis in News.
trackback

Amaran bergambar kotak rokok 1 Januari

Oleh Magendran Rajagopal

KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa 1 Januari tahun depan, semua jualan rokok di pasaran tempatan wajib mempunyai amaran bergambar mengenai bahaya merokok melitupi 40 peratus bahagian depan dan 60 peratus bahagian belakang, yang dicetak pada setiap kotak.

Pada masa sama, Kementerian Kesihatan turut mengharamkan gimik iklan pada kotak rokok yang menggunakan ungkapan seperti ‘lite’, ‘ultra lite’, ‘mild’, ‘low tar’ dan seumpamanya supaya tidak mengelirukan atau memberi gambaran salah kepada pembeli.

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, berkata keputusan itu selaras dengan komitmen negara selaku anggota Rangka Kerja Konvensyen Kawalan Tembakau (FCTC) dan pindaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) pada 2004 sebagai mengiktiraf konvensyen antarabangsa itu.

“Pendekatan bermatlamat mempengaruhi golongan muda supaya jangan memulakan tabiat merokok akan menggunakan enam gambar memaparkan kesan merokok terhadap kesihatan, yang akan digunakan bersilih ganti untuk tempoh dua tahun sebelum ditukar.

“Promosi jualan rokok, potongan harga dan pemberian hadiah seperti pemetik api atau atau sebagainya bersama belian rokok di larang mulai tahun depan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2008, di sini semalam.

Serentak dengan majlis perasmian itu, Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) menganjurkan Larian Berganti-Ganti Untuk Kehidupan bagi meningkatkan kesedaran umum mengenai bahaya merokok dan mengumpul dana bagi membantu mangsa kanser.

Kata Liow, PPKHT termaktub mengikut Akta Makanan 1983 dan mendapat kelulusan Jemaah Menteri, Januari tahun ini. Tempoh enam bulan diberi kepada pembekal rokok menghabiskan stok lama mereka.

Semua syarikat pengeluar rokok di negara ini sudah dimaklumkan mengenai keputusan baru itu dan pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Kastam serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bagi mengawal selia pematuhan peraturan itu.

Liow juga mengumumkan semua pusat Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kini ditakrif sebagai zon larangan merokok, seperti di 13 kawasan lain setakat ini.

ulasan:

agak2 ye kenapa rokok still dijual lagi ye kalo da taw bahaya??hehehe..pk2 kanla…

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: